Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Little Angel (Si Malaikat Kecil)
English Version:
Every Friday afternoon, after the Jumma prayers, the Imam and his eleven year old son would go out into their town and hand out "PATH TO PARADISE" and other Islamic literature.
This particular and fortunate Friday afternoon, as the time came for the Imam and his son to go to the streets with their booklets, it was very cold outside, as well as pouring rain. The boy bundled up in his warmest and driest clothes and said, 'OK, dad, I'm ready!'
His dad asked, 'Ready for what' 'Dad, it's time we go out and distribute these Islamic books.' Dad responds, 'Son, it's very cold outside and it's pouring rain.' The boy gives his dad a surprised look, asking, 'But Dad, aren't people still going to hell, even though it's raining?'
Dad answers, 'Son, I am not going out in this weather.' Despondently, the boy asks, 'Dad, can I go Please' His father hesitated for a moment then said, 'Son, you can go. Here are the booklets. Be careful son.' 'Thanks, Dad!' And with that, he was off and out into the rain.
This eleven year old boy walked the streets of the town going door to door and handing everybody he met in the street a pamphlet or a booklet. After two hours of walking in the rain, he was soaking, bone- chilled wet and down to his VERY LAST BOOKLET.
He stopped on a corner and looked for someone to hand a booklet to, but the streets were totally deserted. Then he turned toward the first home he saw and started up the sidewalk to the front door and rang the door bell. He rang the bell, but nobody answered.. He rang it again and again, but still no one answered. He waited but still no answer. Finally, he turned to leave, but something stopped him. Again, he turned to the door and rang the bell and knocked loudly on the door with his fist. He waited, something holding him there on the front porch! He rang again and this time the door slowly opened.
Standing in the doorway was a very sad-looking elderly lady. She softly asked, 'What can I do for you, son?' With radiant eyes and a smile that lit up her world, this little boy said, 'Ma'am, I'm sorry if I disturbed you, but I just want to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU and I came to give you my very last booklet which will tell you all about God, the real purpose of creation, and how to achieve His pleasure.' With that, he handed her his last booklet and turned to leave.. She called to him as he departed. 'Thank you, son! And God Bless You!'
Next week on Friday afternoon after Jumma prayers, the Imam was giving some lectures. As he concludes the lectures, he asked, 'Does anybody have questions or want to say anything?'
Slowly, in the back row among the ladies, an elderly lady's voice was heard over the speaker. 'No one in this gathering knows me. I've never been here before. You see, before last Friday I was not a Muslim, and thought I could be. My husband died few years ago, leaving me totally alone in this world.. Last Friday, being a particularly cold and rainy day, i was contemplating suicide as i had no hope left. So I took a rope and a chair and ascended the stairway into the attic of my home.. I fastened the rope securely to a rafter in the roof then stood on the chair and fastened the other end of the rope around my neck. Standing on that chair, so lonely and broken-hearted I was about to leap off, when suddenly the loud ringing of my doorbell downstairs startled me.
I thought, I'll wait a minute, and whoever it is will go away. I waited and waited, but the ringing doorbell seemed to get louder and more insistent, and then the person ringing also started knocking loudly..... I thought to myself again, 'Who on earth could this be? Nobody ever rings my bell or comes to see me.' I loosened the rope from my neck and started for the front door, all the while the bell rang louder and louder.
When I opened the door and looked I could hardly believe my eyes, for there on my front porch was the most radiant and angelic little boy I had ever seen in my life. His SMILE, oh, I could never describe it to you! The words that came from his mouth caused my heart that had long been dead TO LEAP TO LIFE as he exclaimed with a cherub-like voice, 'Ma'am, I just came to tell you that ALLAH REALLY LOVES AND CARES FOR YOU!' Then he gave me this booklet, Path To Paradise that I now hold in my hand. As the little angel disappeared back out into the cold and rain, I closed my door and read slowly every word of this book. Then I went up to my attic to get my rope and chair. I wouldn't be needing them any more. You see? I am now a Happy Vicegerent of the One True God. Since the address of your congregation was stamped on the back of this booklet, I have come here to personally say THANK YOU to God's little angel who came just in the nick of time and by so doing, spared my soul from an eternity in hell.'
There was not a dry eye in the mosque. The shouts of TAKBIR...ALLAH AKBAR.. rented the air. Imam-Dad descended from the pulpit to the front row where the little angel was seated.... He took his son in his arms and sobbed uncontrollably. Probably no jama'at has had a more glorious moment, and probably this universe has never seen a father that was more filled with love and honor for his son... Except for One. This very one...
Versi Bahasa Melayu:
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para
jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan
keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga"
dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan
keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut
keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat
lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya
sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu
menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku
tentang Islam ini".
Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat
pulak".
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah,
adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"
Ayahnya menjawab, "Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..".
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya
pergi?". Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak
boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati" .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun
ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia
memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu
naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk
hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil
mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ
lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di
lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu
hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi
tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti
ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan
lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya
supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini
dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah
kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "Apa yang boleh
saya bantu awak, wahai budak?".
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi,
budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu
makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan
sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah
buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang
Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai
kebahagiaan daripada-Nya" ..
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk
balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya
anak dan semoga Tuhan memberkatimu" .
Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah
agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, " Ada
sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, "Tiada di kalangan
jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir
sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk
agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya
telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya
sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."
Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya
telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk
hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki
loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu
palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali
satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas
kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya
hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat
bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan
pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng
semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan
kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini yang boleh
buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa
dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke
pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang
bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini
di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak
gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya
menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula,
seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
"Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi
dan sentiasa melindungi makcik". Kemudian dia memberikan kepada saya
sebuah buku bertajuk " Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang ini.
Bila "malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya
menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis
di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk
mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya
sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang
dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam
neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka
melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara. Imam
iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan
di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk.
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin
tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di
alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih
sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Tuan Haji vs Tuan Solat
Suatu ketika di suatu bicara… musafir ilmu si anak muda. Pemuda belajar ertinya haji. Bekal kiranya diseru nanti.
“Boleh saya tanya sesuatu?”, tanya pemuda itu. “Boleh saja, silakan”, balas Pak Khir.
“Kenapa pak cik tak mahu dipanggil tuan haji?”, tanya pemuda itu. “Oh, itu. Kenapa pula pak cik mahu orang panggil pak cik tuan haji?”, Pak Khir menjawap dengan persoalan.
“Kan orang yang dah pergi haji kena panggil tuan haji atau hajjah, pak cik?”, tanya pemuda itu. “Dekat tempat saya macam itu…”, sambung pemuda itu.
Pak Khir tersenyum. “Dekat sini pun sama, pak cik saja yang tak mahu”.
Pemuda senyum kelat. Dahinya sedikit berkerut. “ Kenapa pak cik tak mahu ?”, tanyanya semula sambil merenung wajah Pak Khir.
“Apa perlunya gelaran haji tu. Haji itukan ibadah. Sama seperti sembahyang, puasa, zakat…”, terang Pak Khir.
“Kalau nak juga gelarkan haji, maka orang yang sembahyang boleh digelar
Tuan Sembahyang Ajis misalnya. Tak pun Tuan Zakat Pi’ee kalau si Pi’e bayar zakat.. Yang
puasa pula, Tuan Puasa Ali…begitu ke?”, tanya Pak Khir.
“Tidak pula pak cik”, jawap pemuda.
“Kalau nak gelar juga, maka gelarlah juga orang-orang terdahulu yang
lebih awal pergi haji. Ada kita gelar nabi kita haji?”, soal Pak Khir.
“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.
“Ada kita gelar para sahabat nabi haji?”, tanya Pak Khir.
“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.
“Ada kita gelar ulama’-ulama’ dahulu haji?”, tanya Pak Khir.
“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.
Pak Khir tersenyum lagi. Pemuda mulai faham.
“Tapi kenapa orang sekarang yang balik mengerjakan haji nak kita panggil mereka Haji atau Hajjah, pak cik?”, soal pemuda lagi.
“Tak tahulah anak muda. Cuma mereka dan keluarga mereka yang tahu….”, Pak Khir tenang bertutur.
Pemuda menganggukkan kepala. Lalu berjabat tangan tanda perpisahan.
Pak Khir mengeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan kesal yang bersisa.
Di benaknya tertanya, kenapa soal semacam ini boleh timbul? Kenapa?…
p/s : entri ini bukan mempersoal atau menyinggung sesiapa, terutama mereka yang bergelar haji dan hajjah. Tetapi tidak salah untuk kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak…
Piala Dunia 2010 dan Syeikh Yusuf Makassar
Piala Dunia 2010 dan Syeikh Yusuf Makassar | ||
|
| Kuasa bola sepak. Inilah kuasa yang kita saksikan sepanjang perlawanan Piala Dunia 2010. Tiada topik utama lain yang dibicarakan orang melainkan bola. Main bola. Minum Bola. Makan bola. Tidur bola. Judi bola! Saya tidaklah begitu kuat stamina untuk bangun qiamulail menonton perlawanan bola di awal pagi buta dan telinga saya pula bukannya meminati bunyi vevuzela yang mampu memekakkan telinga. Selain jaringan cantik oleh pemain handalan negara masing-masing, saya suka menonton gelagat para penonton bolasepak yang secara tiba-tiba menjadi jurulatih bolasepak di hadapan skrin besar restoran-restoran mamak. GOL!!! Itulah laungan 'takbir' para 'penagih' bolasepak. Kempena Piala Dunia 2010 yang tengah hangat berlangsung di Afrika Selatan ini, ada beberapa kisah yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca. Ia bukanlah kisah tentang bola sepak. Bola itu bulat, noktah, gol! Pada 20-21 Februari 2010 yang lalu,saya berpeluang menghadiri program International Conference On Universal Justice Network yang berlangsung di Wisma Makara,Universitas Indonesia di Depok,Indonesia. Program ini merupakan anjuran bersama Islamic Human Right Commission(IHRC) yang berpusat di London, Citizens International yang berpusat di Pulau Pinang dan Pusat Advokasi Hokum dan Hak Asasi Manusia (PAHAM), Indonesia. Dalam program ini,saya bertemu dengan seorang tokoh Islam pejuang hak asasi manusia-pejuang kemanusiaan dari Cape Town, Afrika Selatan iaitu Imam Achmad Cassim. Beliau pernah dipenjara selama tujuh tahun di penjara Robben Island bersama Nelson Mandela sewaktu umur 17 tahun kerana melawan dasar apartheid. Sewaktu kami bersama-sama menaiki van yang disediakan pihak penganjur, beliau bertanya kepada saya apakah Makassar itu jauh dari Jakarta. Imam Achmad Cassim memberitahu saya beliau mahu menziarahi makam Syeikh Yusuf Makassar, seorang tokoh ulama dari bumi Indonesia yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islam di bumi Afrika Selatan. Sepanjang perjalanan tersebut, beliau asyik memuji Syeikh Yusuf Makassar dan menceritakan sejarah perjuangan beliau kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Syeikh Yusuf Makassar ( 3 Julai 1626-23 Mei 1699) merupakan tokoh ulama sufi yang berpengaruh dalam perkembangan tasawuf di Nusantara dan Sirru al Asrar (rahsia segala rahsia) merupakan salah satu karya terpenting beliau. Beliau juga dikatakan pernah berguru dengan Syeikh Nuruddin Ar Raniri. Beliau juga merupakan seorang pejuang anti penjajahan dan memimpin perjuangan melawan Belanda sehingga dipenjara dan akhirnya di buang ke Ceylon (sekarang Sri Lanka). Di Ceylon beliau tetap dengan perjuangan beliau berdakwah penuh hikmah di Ceylon sehingga mempunyai pengaruh yang besar dan pengikut yang ramai di sana. Penghijrahan beliau ke Afrika Selatan menyaksikan beliau berjaya memimpin dan mewujudkan kesatuan dan perpaduan rakyat bagi menentang segala penindasan ,anti perkauman dan melawan segala bentuk penjajahan. Pejuang anti apartheid, Nelson Mandela, bekas Presiden Afrika Selatan juga cukup mengkagumi dan mengiktiraf perjuangan Syeikh Yusuf Makassar di Afrika Selatan. Sewaktu menyampaikan pembentangan beliau juga, Imam Achmad Cassim menceritakan kisah para tahanan di penjara Robben Island. Suatu ketika, para tahanan di Robben Island ini dibiarkan terjemur berkumpulan di tengah-tengah cuaca yang sangat sejuk. Di kalangan tahanan itu pula ada yang sudah lanjut usia dan ada yang masih muda belasan tahun. Tahanan yang tua sepakat duduk membuat bulatan melingkari dan melindungi tahanan yang masih muda yang duduk di dalam bulatan tersebut. Tahanan-tahanan yang tua ini membuat keputusan tersebut demi mengurangkan kesejukan yang mungkin mengancam nyawa para tahanan yang masih muda. Mereka mempunyai kepercayaan sekiranya mereka yang tua mati kesejukan, para tahanan yang masih muda pasti dan akan tetap meneruskan perjuangan mereka nanti. Tahanan yang sudah tua ini rela mati terlebih dahulu namun mereka tetap yakin pengorbanan mereka tidak sia-sia kerana anak-anak muda pula yang bakal meneruskan perjuangan mereka suatu masa nanti. Roh semangat perjuangan Syeikh Yusuf Makassar dan para tahanan Robben Island inilah yang akan saya bawa sempena Piala Dunia 2010. GOL!!! |
Hiburan dari si Kecil
Naluri Manusia
Allah itu Maha Berkuasa sifatNya. Memang tidak dapat disangkal akal lagi akan sifatNya itu. Dalam setiap kejadian yang diaturiNya, pasti ada keindahanNya tersendiri. Setiap kejadian susunan Allah, ada nur disebaliknya. Setiap penciptaan ada haknya tersendiri. Islam ini adalah agama yang syumul. Ya, sebuah agama yang 'perfect' untuk setiap manusia.
Setiap manusia di muka bumi ini, ada naluri tersendiri. Pelbagai jenis naluri yang timbul dari dalam manusia yang nun jauh tersembunyi di lubuk hati setiap manusia. Naluri ingin memiliki rumah bagaikan istana tersergam megah di tepian pantai yang indah, Naluri ingin memiliki isteri yang cantik, tidak jemu dipandang mata dan menyejukkan hati, Naluri yang ingin memiliki harta setinggi Gunung Kinabalu agar dapat dibelanjakan di jalan Allah, Naluri ingin berpesta dan berpoya dengan iringan muzik-muzik yang mengasyikka..Ya, terlalu banyak jika hendak disenaraikan, apa yang naluri manusia inginkan.
Seperti firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 14;
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
Dari ayat di atas, Allah yang Maha Mengetahui itu sudah tahu apa yang diingini oleh setiap manusia yang diciptaNya. Oleh itu, Allah menjadikan agama Islam itu sendiri agama yang tidak menolak naluri manusia. Agama yang bersesuaian dengan naluri manusia.
Allah menegaskan dalam firmanNya pada surah Al-A'raf ayat 32;
"Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang Telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat." Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang Mengetahui."
Lihatlah, Allah menjadikan perhiasan di dunia ini yang amatlah bertepatan dengan naluri manusia. Namun, atas kebijaksanaan Allah, maka, Allah menjadikan batas-batas untuk setiap naluri manusia itu. Kenapa Allah menetapkan batas-batas berkenaan?, sedangkan Allah telahpun mengetahui akan kehendak dan naluri manusia itu sendiri? Itulah yang menunjukkan Allah itu Maha Mengetahui, jika tiada sekatan serta batasan yang terkandung dalam buku perintah Allah itu, nescaya, ramailah manusia-manusia yang menuju ke arah kerosakan.
Islam dan Seni Hiburan
Allah tidak melarang kita untuk berhibur. Selagi hiburan itu tidak mendatangkan kelalaian dalam kehidupan kita, maka, hiburan itu perlu. Tanyalah mana-mana ustaz di dalam dunia ini, Apa hukumnya berhibur? Pasti akan keluar jawapan seakan-akan begini, " Berhibur? Dalam Islam berhibur itu boleh selagi tidak melanggar syariat, tidak melalaikan dan tidak menjerumus kepada kemaksiatan" Perkembangan dunia hiburan dalam Islam berkembang luas selepas berkembangnya empayar-empayar Islam menguasai dua pertiga dari bumi ini.
Ketika zaman sebelumnya, umat Islam ketika itu kurang mengambil bahagian dalam hiburan kerana masing-masing mempersiapkan diri untuk melebarkan agama Allah dan memperluaskan empayar Islam. Apabila empayar Islam sudah merebak luas, maka, pertembungan budaya dengan empayar-empayar lain seperti empayar Parsi, Empayar India, Empayar Rome dan sebagainya terjadi. Akibat pertembungan empayar inilah, seni hiburan mula menular dalam hati nurani umat Islam ketika itu.
Seni hiburan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ia semakin tersebar luas dengan sendirinya dari hari ke hari. Selepas seni hiburan semakin kukuh dalam naluri manusia di saat itu, bermulalah episod kesedihan yang sangat tragis dalam sejarah Islam. Empayar-empayar Islam mula roboh satu demi satu, seperti robohnya rumah yang dimakan anai-anai. Islam mula jatuh disebabkan manusia melebihkan seni hiburan itu dari syariatNya.
Tersebarnya seni hiburan itu sehingga hari ini dan tika ini. Seni yang dahulunya hanya dijadikan halwa telinga semata-mata, kini, bagaikan darah daging manusia. Umpama oksigen untuk tubuh badan manusia. Manakan tidak sebagai oksigen, kerana hiburan itu sendiri sudah menjadi sumber pencarian rezekinya.
Terlalu tinggi rasanya saya mendefinisikan seni sebagai oksigen dalam menggambarkan betapa perlunya seni hiburan itu dalam setiap tubuh-tubuh manusia masakini. Manakan tidak, ada sahaja manusia yang sanggup melafazkan ayat sebegini, " Ya Allah, mati kebosanan la aku macam ni dah la TV tak der, radio pun tak der!" Bayangkan! tanpa hiburan, dia boleh MATI KEBOSANAN!
Sampai begitu sekali bahana seni hiburan masa kini. Ya, hiburan masa kini..yang terlalu jauh membawa pergi roh-roh Islam ke dalam hati dan naluri manusia. Seni-seni hiburan ini bagaikan kanser didalam badan manusia. Dimana ia semakin merebak dan memusnahkan anggota badan yang lain sedikit demi sedikit. Bermula dengan 'hiburan ringan-ringan' seperti nasyid, kerana terlalu banyak lagu-lagu yang ber'title'kan nasyid menyampaikan mesej berbentuk kecintaan adam dan hawa, menyebabkan hati yang lemah mula berubah ke arah lagu yang mendayu-dayu. Seperti kata anak muda kini, 'lagu meleleh-leleh' atau 'lagu jiwang karat'. Kemudian, naluri semakin advance, dendangan lagu-lagu tajaan Barat mula menjadi suntingan. Nyanyian masih lagi 'jiwang karat', namun liriknya semakin ke'barat'an. Nyanyian BackStreet Boys, N'sync dan boy band lain mula menjadi siulan harian. Apabila hati sudah memuja penyanyi-penyanyi sedemikian, kekabusan kegelapan menyelubungi hati, bermulalah kekerasan hati yang membawa kearah lagu-lagu bersifat keras! Punk, Skin Head, Black Metal dan lain-lain mula bertakhta dihati manusia. Maka terjadilah ritual-ritual yang menyesatkan akidah! Astaghfirullah!!. Atas dasar seni hiburan sebeginilah, maka produktiviti manusia semakin merosot dan menjunam ke bawah.
Kerana hiburan inilah, seorang pelajar tidur lambat untuk mengundi peserta kegemarannya dalam rancangan Mentor, seterusnya menyebabkan dia kurang fokus di sekolah kerana mengantuk. Kerana hiburan inilah, seorang pekerja lewat ke tempat kerja, kerana bangun lambat selepas semalaman melihat konsert Jom Heboh. Kerana hiburan inilah, seorang mahasiswa 'terpaksa' ponteng kelas untuk beratur panjang demi memperolehi tiket bola perlawanan Malaysia menentang Manchester United. Kerana hiburan inilah, seorang isteri 'terlupa' masak untuk suaminya yang baru pulang dari kerja kerana kesedihan melampau melihat Diari Akademi Fantasia. Kerana hiburan sebeginilah, seorang anak mengingkari arahan ayahnya dan melewat-lewatkan solat Maghrib kerana menonton rancangan Sin Chan dan dituruti rancangan Doraemon di kaca TV. Kerana hiburan inilah, seorang remaja perempuan hilang sifat malunya kerana bersesak-sesak dalam gerombolan manusia ketika menonton konsert Jason Mraz suatu ketika dahulu. Kerana hiburan inilah, sepasang remaja hilang pertimbangan agamanya ketika menonton tayangan wayang 'Drag Me To Hell' atau 'Angels and Demons' dalam kegelapan sehinggakan mereka 'membuat wayang' mereka sendiri kerana kebosanan jalan ceritanya. Kerana hiburan inilah, seorang pelajar telah mengkianati amanah seluruh umat Islam apabila dengan duit zakat yang diperuntukkan untuknya menuntut ilmu, telah dibelanjakannya untuk membeli CD terbaru 'Laskar Pelangi'. Kerana hiburan inilah, seorang pemimpin membelanjakan harta anak-anak yatim, harta ibu-ibu tunggal, harta para musafir di jalan Allah dan harta-harta orang fakir dengan menaja Formula 1, mendirikan Litar Perlumbaan Sepang bertaraf dunia dan menubuhkan Malaysian Philharmonic Ochestra. Kerana hiburan inilah, seorang remaja lelaki bertubuh sasa leka menyanyikan lagu 'Jai Ho' dari iPodnya sambil duduk di seat dalam komuter sehingga 'tidak nampak' seorang ibu yang sarat mengandung sedang berdiri dihadapannya kerana tidak memperolehi tempat duduk. Kerana hiburan inilah, sekumpulan manusia 'terlepas' solat Maghrib kerana tayangan Tansformer 2: Revenge of The Fallen bermula pada pukul 1910 dan memperolehi tempat duduk nun jauh dibelakang. Kerana hiburan inilah, seorang lelaki sanggup meninggalkan solat berjemaah di masjid atau surau kerana ingin menonton tayangan Nur Kasih dan Ceplos di TV.
Tangani Masalah Seni Hiburan
Cuba kita lihat, betapa banyaknya keburukan dalam seni hiburan ini. Justeru, hendaklah kita bersama-sama mengembleng tenaga untuk merubah gejala negatif agar menjadi positif. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam! Esok, insyAllah lebih baik dari hari ini.
Terdapat banyak cara untuk kita semua berusaha menangani masalah seni hiburan ini. Antaranya adalah:
i) Solat hiburan UTAMA
Seperti sabda Nabi Muhammad SAW kepada Bilal, "Tenangkan dirimu ketika solat ya Bilal". Cuba kita lihat, Rasulullah SAW berpesan kepada Bilal, jika mahukan ketenangan, jadikan solat itu sebagai caranya. Bukan dengan mendengar lagu-lagu yang mengasyikkan atau melancong ke tempat-tempat peranginan yang mendamaikan.
ii) Majlis hiburan yang tidak melalaikan
Dalam bab ini, ada sedikit pujian dari saya buat kerajaan Selangor sekarang. Kenapa? Dahulu, kawan saya ada pergi 'satu majlis' anjuran kerajaan Selangor di Stadium Melawati. Berdasarkan ceritanya, program hiburan itu menarik kerana susunan majlisnya. Bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat Hajat dan sedikit tazkirah. Kemudian Solat Isyak berjemaah. Selepas selesai, MB Selangor memberikan sedikit ucapan dan konsert nasyid berlangsung selepas itu. Yang menarik perhatian saya, sekurang-kurangnya, konsert itu tidak menyebabkan pengunjung melewat-lewatkan atau 'terlepas' untuk bersolat.
iii) Tiada percampuran lelaki dan perempuan
Kalau yang ini pula, saya memuji pucuk pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Tanpa perlu saya bercerita panjang, rasanya sudah ramai yang mengetahui akan konsert-konsert yang diadakan di Kelantan. Bagaimana pentadbir-pentadbir Kelantan memisahkan pengunjung lelaki dan perempuan agar tiada pergaulan bebas ketika konsert berlangsung.
iv) Tanam kesedaran Islam dalam Artis
Kalau artis-artis ini mula memahami Islam, Tiada sudah penyanyi-penyanyi wanita selepas ini. Bukankah Islam melarang wanita melunak-lunakkan suara untuk yang bukan 'selayaknya'. Jika artis-artis mula mengenali Islam, sudah pasti tiada lagi lakonan-lakonan 'bermutu' artis-artis Malaysia ketika berlakon. Kalau itu yang Islam mahukan, kenapa perlu dipersoalkan lagi? Adakah kerana kita mahukan seni hiburan itu, maka maksiat tidak dapat dipisahkan lagi? Banyak lagi seni hiburan yang terhidang diluar sana yang halal, terpulang pada kita untuk memilihnya atau menolaknya. Ada sahaja drama-drama berunsurkan islamik dari dahulu lagi.
**Nota - Pada hari Jumaat lepas, aman sedikit terkilan dengan rancangan TV3, Nur Kasih. Apabila dalam dialog artisnya itu, terdapat ayat sebegini. Seorang artis berlakon sebagai minah saleh menegur kawan perempuannya ketika hendak membuat keputusan berkahwin. "why you choose him, you are not Malay or ISLAM, so whay you want to marry him?" selepas itu dibalas oleh pelakon wanita itu dengan jawapan selambanya, "So what if i'm not Malay or Islam, but I love him ok?" Astaghfirullah.**
v) Pemantauan dan penguatkuasaan pentadbiran
Dalam hal ini, kerajaan patutlah menghadkan lesen-lesen pembukaan disko dan pusat hiburan serta memantau operasi sebegini secara berterusan agar kemaksiatannya boleh dicegah. Bajet untuk sektor hiburan hendaklah dikurangkan agar dapat digunakan pada saluran yang lebih memerlukan. Realiti-realiti televisyen dalam mencari bakat-bakat baru hiburan perlulah dikurangkan sebaliknya diganti dengan realiti TV yang mencari bakat-bakat baru dalam bidang yang dapat memberi kebaikan kepada manusia, negara dan Islam itu sendiri seperti bakat dalam mencipta sesuatu yang baru.
vi) Sistem pendidikan yang berkesan
Bagi saya, inilah sumber tunjang dalam merubah sesuatu. Sistem pendidikan yang berkesan bagaikan jantung kepada tubuh badan kita. Jika jantung itu berfungsi dengan baik dan tiada cacat celanya, bekalan darah dapat dihantar ke setiap anggota badan yang lain. Bekalan oksigen dalam darah, dapat dipam dan dihantar dengan tertib kepada otak kita. Jika pendidikan dijalankan dengan betul dan mengikut syariat pada landasannya, nescaya insyAllah, semua masalah yang ada sekarang, pasti dapat dihindari dan ditangani. Lagipun, jika kita hendak membentuk sesuatu ketamadunan seseorang, mestilah bermula ketika mereka masih kecil lagi. "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya" InsyAllah, jika kita semua memperbetulkan seni hiburan ini, nescaya tidak mustahil jika suatu hari nanti, seni hiburan dapat merubah wajahnya dari melalaikan dan membinasakan kepada suatu kebudayaan yang menjadi jati diri kita disamping menjadikan kita semakin mengingati Allah dan RasulNya.
Inilah hiburan terbaik, hiburan dari si kecil:
U-Turn 360 Darjah
Umar al-Khattab memeluk Islam
Abu Nu’aim meriwayatkan didalam kitab al-Dala’il, ibnu Asakir dan ibnu Abbas juga meriwayatkan yang sama bahawa Umar r.a memeluk Islam tiga hari selepas Islamnya Hamzah r.a.
Ketika Umar r.a. keluar dengan pedang kerana mahu membunuh Rasulullah s.a.w., seorang lelaki dari bani Makhzum itu memberitahu bahawa adik dan ipar Umar r.a. juga telah memeluk Islam. Dengan marah Umar r.a. terus menuju ke rumah adiknya, kebetulan ada Khabbab bin al-Arat r.a. sedang membaca al-Quran untuk adik dan ipar Umar r.a. Apabila mendengar suara Umar r.a. Khabbab pun menyembunyikan dirinya. Fatimah al-Khatab pula menyembunyikan sahifah yang tertulis ayat-ayat al-Quran.Umar terus menerkam iparnya dan menampar sehingga jatuh, adiknya pula ditampar sehingga berdarah. Fatimah berkata “Yang benar bukan agama yang kamu anuti selama ini. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad pesuruh Allah”
Tiba-tiba Umar terasa sedih dan kesal atas tindakannya. Umar meminta adiknya menunjukan lembaran itu, tetapi adiknya tidak mahu katanya “Kau masih najis, surat ini tidak boleh disentuh melainkan orang-orang yang bersuci”. Umar pun segera mandi. Beliau kemudian membaca surah Toha dan hatinya tersentuh keindahan dan kebaikan ayat al-Quran. Umar pun berkata “ Aku masuk Islam. Tunjukkan kepadaku di mana Rasulullah”. Khabbab berkata “Aku harap engkaulah yang dimaksudkan dengan doa Rasulullah”.
Doa Rasulullah “Ya Allah, ya Tuhanku, kuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada dua Umar.” . Umar al-Khattab atau ‘Amru bin Hisyam.
Umar pergi ke rumah di Bukit Safa kerana Rasulullah s.a.w berada di situ, Umar mengetuk pintu, salah seorang di dalam rumah mengintai Umar datang dengan membawa pedang. Hamzah bertanya siapa yang datang? Jawab mereka Umar. Hamzah r.a. menyuruh dibukakan pintu, jika Umar berniat baik dan dilayan dengan baik begitulah sebaliknya.Umar menemui Rasulullah s.a.w dan mengucap dua kalimah syahadah. Semua orang yang berada dirumah bertakbir dengan kuat sehingga terdengar ke Masjidil Haram. Allah hu Akhbar!
Umar bertanya kepada Rasulullah “ Ya Rasulullah, tidakkah kita dipihak yang benar?”. Rasulullah s.a.w. menjmawab “Ya”. Umar berkata “ Kalau begitu mengapa kita harus bersembunyi lagi”. Lalu mereka keluar beramai-ramai menuju ke masjid dalam dua saf. Satu disertai Umar r.a. dan satu saf lagi Hamzah r.a.
Menurut ibnu Ishaq, Umar menemui Abu Jahal setelah memeluk Islam bertujuan mengistiharkan keIslamannya. Abu Jahal marah mendengarnya.
Islamnya dua tokoh ini telah memberi nafas yang kuat kepada perjuangan Islam. Peristiwa ini dinamakan berterus terang diperingkat kedua dalam perjuangan Islam di Makkah. Muhib bin San’an al-Rumi r.a. menyatakan Islamnya Umar, Islam menjadi terang-terangan. Seruan dakwah dilakukan secara terbuka.
Peristiwa ini bukan sahaja menunjukan peningkatan iman kepada orang Islam malah tentangan dan cabaran juga semakin memuncak kepada umat Islam sehingga seterusnya berlaku peristiwa pemulauan.
Titik Islamnya Umar melalui kalam-kalam tuhan dari surah Taha, Ruben kini nama Islamnya EbuBakr memeluk Islam melalui ayat dari surah Al-Anqabut menjawab persoalan dirinya agar Allah memberikannya suatu tanda tentang ketuhanannya. Jangan kita juga menunggu suatu keajaiban baru hendak melakukan perubahan. Andai bila keajaiban itu tiba kita pula yang menolaknya dengan pelbagai alasan seperti mana kaum Quraisy yang ingin dibuktikan kerasulan Nabi Muhammad namun setelah bulan terbelah mereka mendustakannya.
Saat (hari kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah.Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata, "(Ini adalah) sihir yang terus menerus." Dan mereka mendustakan (Muhammad) dan mengikuti keinginannya, padahal setiap urusan telah ada ketetapannya. (54:1-3)
Lihatlah dengan Mata Hati
Allah menciptakan kita sebagai manusia yang memiliki akal dan nurani, akal digunakan untuk berfikir tentang bagaimana kita menghadapi berbagai masalah kehidupan di dunia. Begitu juga Allah menciptakan Alam untuk memenuhi keperluan kita manusia. Namun tidak hanya itu, alam memberikan perumpamaan untuk bertemu dan yakin bahwa Allah SWT yang menciptakan alam dan seisinya.
Dengan akal kita mencuba menggali perumpamaan yang diberikan Allah melalui alam. Mulai dari yang sederhana iaitu “Mata Air”, mata air kita ibaratkan sebagai hati nurani manusia. Nurani merupakan ungkapan hati yang bersih bagaikan mata air yang jernih tak kotor oleh debu ataupun najis, kerana nurani ungkapan yang datang dari Allah dan yang pastinya nurani dimiliki oleh setiap hati manusia sehingga disebut hati nurani.
Air - Jalannya air dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah, mulai dari sumbernya kemudian mengalir dan bertemu dengan mata air lainnya sehingga mengumpul hingga membentuk anak sungai, kemudian menjadi lebih banyak menjadi sungai dan terus mengalir melalui jalur yang sangat panjang dan melalui berbagai rintangan hingga sampailah ke laut.
Dari alam itu mari kita mencuba untuk mendefinisikannya, yaitu mata air kita umpamakan sebagai hati nurani kita yang ada dalam setiap manusia. Mata air yang jernih bagaikan kita baru lahir yang memiliki hati yang belum ternoda, namun setelah melalui berbagai perjalanan jauh akan terkena debu dan najis atau apapun yang membuat air itu akan kotor sama halnya manusia dalam menempuh kehidupannya dengan berbagai jalan, cubaan, dan rintangan maka hati kita akan kotor dan ternoda, baik oleh dosa kecil maupun dosa besar. Berbagai rintangan yang dilalui air di dalam anak sungai, kemudian sungai, dan akhirnya ke laut kita umpamakan seperti halnya manusia mengadapi rintangannya di sebuah keluarga, masyarakat dan Negara.
Dari berbagai rintangan itu, air akan berkumpul dilautan dari berbagai sumber. Laut pun berbeza ada yang dangkal ataupun dalam, begitu pula manusia memiliki keyakinan berbeza dan setiap manusia berbeza pula tingkat imannya ada yang memiliki iman yang dangkal dan ada pula yang dalam.
Wallahu ‘alam
Aku kongsikan video menarik dari Ruben (Abu Bakar) dan Maher Zain. Semoga kalian juga mendapat "sesuatu" dari alam.....................
Aku kongsikan video menarik dari Ruben (Abu Bakar) dan Maher Zain. Semoga kalian juga mendapat "sesuatu" dari alam.....................
Anda juga boleh membaca artikel-artikel tentang belajar dari alam dari ustaz Pahrol Mohd Juoi di sini
MENANGIS KERANA ALLAH

Daripada Ibnu Abbas r. anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).
Dalam satu hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu ialah ahli syurga.
Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah. Menangislah kerana Allah. Pelepah tamar dan buraq pun menangis. Pelepah tamar menangis kerana Nabi tidak lagi menggunakan sebagai mimbar masjid, akhirnya dimasukkan ke dalam syurga. Bura’ menangis kerana takut nabi tak pilih dia jadi tunggangan.
Pelepah tamar menangis
Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru. Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.
Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia menangis.
Pelepah tamar tersebut mengatakania menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.Rasulullah saw kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia.
Buraq menangis
Semasa peristiwa Israk Mikraj, Allah swt menyuruh Malaikat Jibrail memilih seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Baginda naik ke langit. Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di Jannatu Adnin (taman Syurga) dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad.
Jibril bertanya kepada Allah, buraq manakah yang harus dipilih kerana semuanya elok, maka Allah menyuruhnya memilih Buraq yang menangis. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.
Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq? “Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”
Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.” Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Para Nabi dan umatnya juga menangis
Nabi Adam adalah nabi yang paling banyak menangis, beratus-ratus tahun lamanya setelah dikeluarkan dari syurga. Nabi Yaakob juga menangis selama 80 tahun setelah kehilangan anaknya, Nabi Yusuf. Selain itu, umat Nabi Muhammad juga menangis seperti para wali iaitu Hassan Al-Basri dan Ali Zainal Abidin, anak kepada Sayyidina Hussin.
"Menangislah.................Kerana menangis itu bukan satu kelemahan."
Ibarah dari Seerah

Belajar dari Tokoh
Kalau semasa kecil, aku suka bertandang ke perpusatakaan awam untuk aku mencari buku-buku tokoh sejarah negara seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya. Tidak lupa juga kisah perjuangan sahabat nabi Muhammad saw seperti Khalid al Walid, Hamzah,dan ramai lagi.
Dari kecil minat membeli buku terutama komik memang menjadi hobi aku terutama komik yang masih aku ingat Kawan, Raja Rimba, serta segala macam komik yang menarik minat aku.
Selepas melangkah ke alam universiti,aku mula membuang tabiat membeli komik dan telah mengubah hobi aku mengumpul majalah.Kini Majalah Milenia Muslim, Majalah I dan Solusi antara langganan tetapku setiap bulan.
Jika semasa kecil, setiap kali membaca kisah-kisah tokoh sejarah, aku akan gunakan daya imaginasi kanak-kanak aku untuk memahami dan menghiburkan hati aku. Menarik juga kerana aku akan berpencak silat dan belasah bantal-bantal di dalam bilik (of course pintu bertutup kalau tidak kena belasah pula dengan ibu).
Kini, aku dapat lebih memahami sejarah melalui visual yang dipaparkan. Aku lebih suka mencari movie-movie tokoh sejarah seperti Ar Risalah (The Message) (kisah Nabi Muhammad),Muhammad The Last Prophet (cartoon), Qamar Bani Hashim, Lion of Desert (Omar Mokhtar),Lawrence Of Arabia,Qaidisiah, Sang Murabbi,Malcolm X, The blessed Saint Mary - Maryam Al-Muqadasa, 10 commandments, Imam Ali, Saladin & the crusader, Tjoet Nja' Dhien, Sultan Muhammad Al Fateh, LEgend of Bhagat Singh, Gandhi, Jinnah, 1957 Hati Malaya,dan Hitler.
Terkadang aku dapat menyelusuri setiap detik perjuangan mereka - membuatkan aku takjub dan respect dengan kekuatan mereka. Tiap kali Bilal melaungkan Ahad (Yg Esa) aku tersentuh. Tanpa sedar menitis aku melihat Bilal diseksa. Hati kecil ini berkata, Bilal merasai nikmat iman setiap kali menyebut Ahad (yg Esa).Bagaimana pula dengan aku?
Aku ikut hanyut bersama dengan Salahuddin,Omar Mokhtar berperang di tengah gurun. Mereka mempunyai taktik peperangan yang cukup hebat sehinggakan Jeneral Italy yang ditugaskan memerangi Omar Mokhtar di Libya memberikan pujian kepada Omar Mokhtar kerana taktik peperangan yang beliau aturkan berjaya menewaskan batalion tenteranya.
"He is good, he is good, this old man is good."

Dimana-mana sahaja peluang untuk berjuang
Apa yang menarik minat aku, kisah dua pejuang revolusi Bhagat Singh dan Hitler. Walaupun kedua-dua mereka bukan memperjuangkan Islam. Namun taktik dan teknik perjuangan mereka aku amat tertarik.

Hitler memulakan kempen revolusinya di Bar. Membuat sedikit ucapan dan membakar pendengar dengan penindasan dan kemunduran ekonomi rakyat German sendiri akibat dari penguasaan Yahudi. Apa yang korang terfikir? Taktik beginilah yang berjaya menambat hati ramai umat Islam di Mesir apabila Hassan Al Bana berdakwah di kedai kopi. Cukup sekadar memberi tazkirah 10-15 minit setiap hari selasa. Usaha yang memberikan impak yang besar.Menarik bukan?
Sementelah Bhagat Singh, pemuda berbangsa Sikh yang inginkan India mendapat kemerdekaan sejak dari kecil, telah mengumpulkan pemuda-pemuda India dan membentuk satu pakatan atau parti. Rasulullah saw juga membentuk jamaah Islam yang kebanyakan pengikutnya dari kalangan pemuda dengan menjadikan Darul Arqam sebagai pusat operasi.Persoalan yang menarik untuk ditanya, kenapa pemuda?
Namun apa yang lebih menyebabkan aku tertarik dengan kedua-dua tokoh ini adalah kedua-duanya menggunakan segenap peluang dan ruang yang ada untuk berjuang.
Jika Hitler dibicarakan di Mahkamah atas tuduhan khianat atau menderhaka terhadap negara.
Sementara Bhagat Singh dibicarakan atas tuduhan ingin mencederakan pemimpin British semasa mereka bersidang.
Kedua-dua mereka menggunakan medium mahkamah untuk menyeru sekalian rakyat bangkit dan menyokong perjuangan mereka. Sayang buat Bhagat Singh, dia dijatuhkan hukuman gantung sebelum tamat perbicaraan kes beliau. Hitler pula berjaya mendapat kekuasaan melalui rencana dan taktiknya.
Tapi apa yang pasti perjuangan Bhagat Singh telah membangkitkan rakyat India dan menyebabkan Gandhi di asak dan ditekan agar segera mendapatkan kemerdekaan bagi India.
Ianya bermula dari PEMUDA..................
Jiwaku kecil

Tertekan dan ditekan
Sejak seminggu dua ni, aku agak tertekan menyiapkan rangka kerja aku yang telah sangat-sangat hampir ke tarikh yang sepatutnya aku siap. Sangat tertekan sehinggakan aku sering kali terfikir-fikir perkara kerja tersebut di rumah.Selalunya aku akan melapangkan fikiran dan diri aku dari segala masalah kerja. Bagi aku waktu aku mencari rezeki, mengejar dunia cukup sekadar 8 jam tersebut. Selepas 8 jam itu adalah waktu untuk aku bekerja untuk Islam, mencari ilmu dan sebagainya.

Hilang Mood
Rabu lalu, aku langsung tak ada mood untuk pergi kerja. Liat sungguh aku nak bersiap pergi kerja. Akhirnya aku berkata dalam diri, aku seorang Muslim. Kerana itu aku kena kuat. Aku cuba memotivasikan diri aku kembali, alhamdulillah aku sampai ke pejabat tepat pada masanya.
Namun apabila aku tiba di pejabat, aku dah mula pening kepala dan rasa nak termuntah. Sudah 2-3 hari setiap kali aku minum Nescafe (bukan tak boikot tapi company provide aku belasah je la) di Pantry aku mula mendapat sakit kepala. Selalunya setiap kali hendak final exam aku minum kopi tak ada masalah pening-pening pun.
Aku ambil keputusan pulang segera ke rumah dan Mc satu hari.
Bangkit kembali
Alhamdulillah, dari mula-mula aku dapat sticky note, aku tak tulis segala task-task yang perlu aku siapkan. Tapi aku tulis kata-kata azimat buat aku.
“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.”(Riwayat Al- Bukhari)
Dari Ka'ab bin Umrah berkata, "Ada seseorang yang berjalan melalui tempat Rasulullah SAW. Orang itu sedang bekerja dengan sangat giat dan tangkas. Para sahabat lalu berkata, 'Ya Rasulullah, andaikata bekerja seperti dia dapat digolongkan fi sabilillah, alangkah baiknya.' Lalu Rasulullah bersabda, 'Jika ia bekerja untuk mengidupi anak-anaknya yang masih kecil, itu adalah fi sabilillah; Jika ia bekerja untuk membela kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia, itu adalah fi sabilillah; dan jika ia bekerja untuk kepentingan dirinya sendiri agar tidak meminta-minta, maka itu adalah fi sabilillah (HR. Thabrani)
'Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’.
(Riwayat Al-Quda’)
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.
(Riwayat Al-Baihaqi)
Dari Ibnu Abbas ra berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa yang merasakan keletihan pada sore hari, karena pekerjaan yang dilakukan oleh kedua tangannya, maka ia dapatkan dosanya diampuni oleh Allah SWT pada sore hari tersebut."
(HR. Imam Tabrani, dalam Al-Mu'jam Al-Ausath VII/ 289)
Tertekankah aku?
Bertubi-tubi aku bertnaya pada diri ini. Kenapa perlu aku tertekan dengan hal-hal yang kecil dan remeh. Aku terfikir:
- Tertekankah aku kerana melihat umat Islam makin rosak akhlaknya?
-Tertekankah aku kerana melihat Islam dihina?
-Tertekankah aku melihat sesama Islam bercakaran?
-Tertekankah aku kerana Islam tidak dapat lagi didaulatkan?
- Tertekankah aku tidak dapat berjuang di Palestin?
-Tertekankah aku untuk memikirkan bagaimana untuk memenangkan panji-panji Allah dan Rasul?
Jujur, aku sendiri tidak sampai ke tahap itu memikirkan masalah umat. Namun ketika mana aku berdepan masalah dunia sehingga stress dan migrain aku fikirkan. Ah, betapa jelek dan hodohnya jiwa aku. Memikirkan dunia sehingga menangung sengsara namun relaks dan sambil lewa memikirkan umat.
Teringat aku kata-kata pelakon yang memegang watak KH Rahmat Abdullah dalam Sang Murabbi ketika beliau bergurau dengan isterinya. " Apa naeng senang abang anggota DFR?" "Iya, tapi kok rambutnya sudah habis putih, pikirin negara ya?"
Jawapan dari seorang yang berjiwa besar " Pikirin UMAT"
Apa yang perlu aku lakukan kembali, meluruskan niat dan kembali bekerja dengan amanah yang diberikan. Aku perlu berjiwa besar........................
Cogito Allah Sum
Think - Use your Mind to switch on the "light"Fikir vs Zikir
Pagi isnin lalu, mood aku tiba-tiba menjadi rajin. Lepas subuh, aku dengan mood rajin tu terus masak nasi goreng kampung. Sambil makan pagi sempat juga aku bermuzakarah dengan seorang sahabat tentang mad'u rakannya yang berfikiran agak liberal dengan menolak hujah dan dalil.
" Dalil menyusahkan. Kenapa perlu wujudkan perbankan Islam sedangkan sama macam bank konvensional". Aku agak "terbakar" juga la dengan kenyataan tersebut. Mana tidak, 3 tahun aku belajar kewangan konvensional - jelas memang ada perbezaan antara kewangan Islam dan konvensional. Hujah orang-orang yang tidak mengaji - bentakku dalam hati.
Lantas aku bertanya apa yang dihujahkan kembali kepada orang itu? Sahabat ku tidak dapat melawan hujahnya mungkin kerana background beliau adalah engineering. Okey. Aku faham.
DramaKami berdiskusi bagaimana untuk berhujah dengan orang itu. Lantas aku teringat drama popular tv3 sekarang - Nur Kasih. Aku baru tengok episod awal-awal. Teringat dialog ketika abang adam dan jalaludin Hasan (ayah) bersembang di dalam masjid. "Orang pandai macam Adam tu, kalau cerita tentang orang yang tak solat jadi babi, mana nak percaya".
Benar. Orang zaman sekarang lebih percaya kepada bukti dan apa yang mereka lihat. See and believe.Namun itu tidak bermakna mereka salah. Tidak ada salahnya untuk kita menggunakan aqal. Kerana itulah kelebihan manusia. Allah merakamkan di dalam Al-Quran supaya manusia menggunakan aqal- aku kena berhujah dengan Al-Quran untuk menguatkan hujahku.
Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.(5:58)
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.(50:37)
Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.(39:21)
Jadi aqal perlu dilawan dengan aqal juga. Aku teringat kisah Ibrahim as tatkala mencari tuhannya, direnungnya matahari lalu berkata dalam diri - inikah tuhan? lalu pada malam hari matahari menghilang. Datang rembulan lalu Ibrahim as bertanya lagi -inikah tuhan? dalam proses ini, aqal Ibrahim berfungsi dengan sebaik-baiknya. Jelas baginda seorang yang genius kerana dapat menggunakan aqal mencari tuhan.
Allah rakamkan jua hujah-hujah nabi Ibrahim sewaktu berdakwah kepada kaumnya.
Nabi Ibrahim memberikan pertanyaan kepada kaumnya agar mereka juga cerdik untuk menggunakan aqal untuk mencari tuhan yang sebenar.
Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?,(26:72)
Dari pemerhatian aku, terdapat dua jenis orang yang suka berhujah dengan aqal. Orang yang cenderung menggunakan aqal untuk mencari kebenaran akan lebih cepat sampai kepada titik kebenaran tersebut. dan orang yang cenderung menggunakan aqal sebagai alasan untuk mereka menolak kebenaran.
Golongan Mencari Kebenaran
Dakwah dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) satu program yang membuka ruang dan peluang untuk aku dan sahabat-sahabt mendekati golongan non-muslim. Pelbagai skop dibicarakan dan dibincangkan. Antaranya, kisah yang menarik adalah kisah Ganesha - Tuhan kepala gajah masyarakat Hindu. Dipendekkan cerita, si ayah pergi mengembara bertahun-tahun. Apabila pulang ke rumah - dilihatnya ada orang lain di situ. Ketika itu, si ibu tidak ada dirumah. Si anak yang tidak kenal ayahnya tidak membenarkan ayahnya masuk ke dalam rumah. Berang dengan tindakan anaknya, Ganesha - si ayah memenggal kepalanya. Apabila ibu pulang ke rumah, beliau terkejut melihat si ayah telah memenggal kepala anaknya sendiri. Lalu diarahkan mencari kepala Ganesha. Namun oleh kerana tidak jumpa digantikan dengan kepala gajah.
Persoalannya, si ayah adalah tuhan - mengapa tuhan yang maha mengetahui tidak tahu itu anaknya. Kedua, kenapa tuhan yang maha mencipta tidak mencipta semula kepala Ganesha. Kenapa diganti dengan gajah?
Ayuh, gunakan aqalmu mencari kebenaran.

Golongan menolak kebenaran
Golongan ini akan cuba sedaya upaya untuk menolak dan mengkritik segala macam hujah yang benar. Sampai ke suatu tahap, mereka akan melabel gila,penyihir dan kini pengganas terhadap orang yang menyampaikan kebenaran kerana sudah kehabisan modal.
Golongan inilah yang Allah rakamkan di dalam Al-quran mereka menolak kebenaran dengan alasan rasul-rasul sepatutnya bukan dari kalangan manusia. Habis siapa? Lembu yang akan menerangkan kebenaran? Gunakanlah aqalmu yang sihat.
Berkata rasul-rasul mereka: "Apakah ada keragu-raguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu untuk memberi ampunan kepadamu dari dosa-dosamu dan menangguhkan (siksaan)mu sampai masa yang ditentukan?" Mereka berkata: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu menghendaki untuk menghalang-halangi (membelokkan) kami dari apa yang selalu disembah nenek moyang kami, karena itu datangkanlah kepada kami, bukti yang nyata.Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah memberi karunia kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakkal.
(14:10-11)
Mereka yang sentiasa menolak kebenaran ini akhirnya Allah akan menutup hati mereka dari melihat kebenaran.
Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.(36:9)
semoga mereka yang menggunakan aqal akan mendapat COGITO ALLAH SUM...SEMAKIN AKU BERFIKIR TERNYATA ALLAH SEMAKIN ADA...
NovelNotes: Cogito Allah Sum...Semakin Aku berfikir ternyata Allah semakin ada adalah sebuah novel tentang seorang atheis yang kembali kepada Islam.



.jpg)



