Jadilah Golongan Menegakkan Yang Benar

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim (Dipetik dari kitab 40 Hadis Akhir Zaman)


Kisah Said Bin Jubair menentang Hajjaj Bin Yusuf*


"Tidaklah hina orang yang menegakkan kebenaran walaupun langit menimpanya dan tidaklah mulia orang yang menegakkan kebathilan meskipun rembulan terbit dari keningnya." inilah jawapan seorang pemuda yang dihadapkan kepada Hajjaj Bin Yusuf di zaman pemerintahan Bani Umayyah apabila ditanya oleh Hajjaj mengapa beliau terlibat dengan gerakan-gerakan yang menetang penguasa/pemerintah. Kisah Said yang dihukum bunuh oleh pemerintah gara-gara menegakkan kebenaran wajar dijadikan semangat dan teladan.

Hajjaj seorang gabenor di Iraq telah melakukan kezaliman ke atas penduduk Iraq hanya kerana ingin terus berkuasa di sana. Dia dengan sewenang-wenangnya menggunakan kekuasaannya untuk menangkap sesiapa sahaja. Hajjaj telah menangkap seorang lelaki yang tidak bersalah hanya kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang pencuri dan Hajjaj tidak dapat menangkap pencuri tersebut maka sebagai gantinya dia menangkap lelaki tersebut. Pepatah arab berbunyi "banyak orang terhukum dikeranakan dosa keluarganya sedangkan diri si pelaku selamat dari tuntutan segala". Pepatah itu menjadi dalil baginya tidak Al-quran dan Sunnah.

Bagaimana pula dengan keadaan sekarang? Dalil yang sering digunakan adalah keganasan perlu di kawal dari menular. Oleh itu akta keselamatan dalam negeri (ISA) adalah wajar dan releven. Benar. Aku sokong kenyataan keganasan dan terrorism perlu di kawal dan di pantau. Namun itu bukan alasan kukuh sehingga mereka di sumbat di dalam penjara hanya kerana mereka itu di syaki terlibat dengan keganasan.

Firman Allah:

" Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada menahan seseorang kecuali orang yang kami temukan harta-benda (bukti) kami padanya. Jika kami berbuat begitu (menahan orang yang tidak kami dapati barang kami padanya), maka benar-benar kami menjadi orang yang zalim." (Yusuf:79)

Gerakan Mansuhkan ISA


1 Ogos 2009 merupakan pertembungan di antara dua kumpulan, yang menentang kezaliman dan yang terus menyokong kezaliman. Teringat aku seerah Nabi Muhammad saw. Sungguh sunahtullah itu sentiasa akan berulang. Baginda rasul ketika berdakwah di Makkah, pasti akan diekori oleh Abu Jahal dan konco-konconya. Strategi Abu Jahal adalah untuk menyusahkan dakwah baginda rasul adalah dengan setiap kali baginda menyampaikan dakwah kepada masyarakat, Abu Jahal dan konco-konconya kemudian akan mengatakan itu sihir dan Muhammad itu gila.

Keadaan dan situasi yang sama akan berlaku 1 Ogos 2009 nanti. Kumpulan Pro ISA akan berarak dan pada waktu yang masa (asalnya pukul 11 bertukar kepada 2 ptg waktu yg sama dgn kumpulan mansuh ISA) akan berarak ke Istana Negara bagi menyatakan sokongan mereka kepada akta ISA. Jelas seerah rasul kembali terulang. Kumpulan Abu Jahal dan konconya kembali menyusahkan kumpulan yang mendokong kebenaran. Masakan tidak, sewaktu di minta berhujah dan berdebat utuk menunjukkan pihak mana yang benar, geng-geng PEWARIS ini tidak turun ke gelanggang memberikan dalil-dalil yang menyatakan ISA ini satu akta yang adil dan tidak zalim.

Nak Ikut Kumpulan mana

Rakyat tentunya terpinga-pinga, untuk memilih kumpulan yang mana. Pilihlah kumpulan yang berjuang atas dasar Haq (kebenaran). Dan pasti ada satu kumpulan yang memilih untuk berkecuali. Lebih selesa di rumah dari berhimpun di jalanan. Satu pertanyaan yang perlu di tanya pada diri kita masing-masing, apakah sumbangan aku untuk agama ku? Apakah aku tergolong dalam golongan orang yang menegakkan kebenaran sekalipun terpaksa berhadapan dengan raja atau penguasa yang zalim.

Ayuh kita lahirkan kembali rakyat seperti mana ketika Umar menjadi khalifah, Umar bertanya apakah yang rakyat akan lakukan sekiranya beliau menyalahgunakan kuasa dan tidak berlaku adil. Lalu bangun seorang pemuda menghunus pedangnya lalu berkata,

"Saya Luruskan tuan dengan PEDANG ini, sekiranya tuan terus menyeleweng saya PANCUNG leher tuan!"



*Buku karangan Dr Yusuf Qardhawi mengenai kisah seorang ulama yang berani menyatakan kebenaran di hadapan raja yang zalim.

video

Apabila Si Jahil Menjadi Guru

Lihat video klip dr rancangan TV di Singapore. Ini mungkin terjadi di kalangan masyarakat.


video

Al Kisah 1

Mereka mempersendakan agama dengan membuat agama sebagai satu bahan lawak dan senda gurau mereka. Golongan jahil dari pihak penerbit,pelakon, pengarah dan seanteronya.

Al Kisah 2

Angah yang jahil bertanya dan berguru pada adinya, busu yang juga jahil. Jahil + Jahil = Bangang

Al Kisah 3

Along menyatakan hasrat untuk angah menjadi imam, sedangkan dalam Islam pemimpin bukan dilantik sebarangan. Imam mempunyai beberapa kriteria dan ciri-ciri. Jelas menunjukkan jahil dalam melantik pemimpin. (silap undi negara tergadai)

Al Kisah 4

Along yang kelihatan dari awal seolah2 paling alim (berilmu), lantas menunjukkan dia juga seperti adik-adiknya kerana bercakap ketika solat. Sepatutnya beliau terus shaja menggantikan angah menjadi imam.

kesimpulan Jangan menunjukkan anda seorang yang jahil hanya kerana tujuan hiburan.
Kerana orang yang berilmu akan memanfaatkan ilmunya tidak mensia-siakannya.

Bahan Bacaan Daie

Nasihat Untuk Para Dai agar dakwah tidak sekadar seruan

Karya karangan Dr. Muhammad Abu Fath Al-Bayanun terbitan Indiva Pustaka (Indonesia) aku beli beberapa bulan yang lalu. Buku ini memberikan aku sejelas-jelasnya metodologi yang harus di bawa oleh daie-daie. Garapan dan isi-isinya penuh dengan saranan agar mesej kita kepada manusia tidak merupakan mesej yang sama seperti mana yang dilakukan oleh para rasul. Selama ini, aku terfikir, selama 13 tahun bagaimana Nabi Muhammad menyampaikan Islam hanya sekadar membetul dna memperbaiki aqidah ummah. 13 tahun bukan satu tempoh yang singkat untuk mentarbiah ummah. kalau di Malaysia barangkali sudah memiliki paling tidak segulung ijazah atau diploma. Dan buku ini merupakan panduan bagi aku (yang masih merangkak dalam membawa usrah) untuk aku mempunyai hala tuju ke arah mana tarbiah itu sewajarnya dan keberkesanan tarbiah itu harus di berikan.

From Zero to Hero

buku ini aku target nak beli bulan depan, memang aku dah belek2 isi-isi buku ini. Memang mantap sekali karya Solikin Abu Izzuddin. buku yang memberi hala tuju manusia untuk mengubah diri dari seseorang yang biasa kepada yang luar biasa.

Quantum Tarbiyah Mencetak Kader Serba Bisa


Quantum Tarbiyah Mencetak Kader Serba Bisa




New Quantum Tarbiyah (Target jg nak beli)

Buku ini baru aku beli semalam (16 Julai 2009), juga karya Solikin Abu Izzuddin. Buku ini satu buku motivasi kepada daie untuk terus mempunyai momentum agar diri terus tetap mampu mengajak manusia, mentarbiah manusia mendekati Rabb.

Aku bukan nak buat marketing or promotion, sbb tak de komisen dan keuntungan pun yang aku dapat. Cuma oleh kerana buku ini tersangat la best, maka aku bagi tau la kat mana korang boleh dapatkan buku-buku ini.

Pustaka Rezeki Harapan
12 tingkat bawah wisma yakin
jln masjid india kl

Fajar Ilmu Baru Ent
Blok A, Tingkat 2, Wisma Yakin
Jln Masjid India Kl

Selamat Memborong Buku..................................

Kenderaan impian


Yamaha R1

Amacam tengok gambar tu. Apa yang korang terbayangkan? aku mat rempit? oh tidak! Itu cuma jentera impian aku. Yamaha R1 1000cc sudah tentu pecutan yang jentera ini mampu mencecah 299km/h. Sudah tentu berpuluh-puluh saman ekor aku kena kalau bawa jentera ni. hahahaha.

tapi bukan impian aku ini yang nak aku kongsikan. Sebab semua manusia ada impian dan cita-cita. Itu sudah pasti agar manusia mempunyai hala tuju dalam hidup mereka. Kalaulah jentera buatan manusia ini yang berjalan di atas jalan raya mampu mencapai kelajuan 299km/h pernah tak korang terfikir berapa pula kelajuan kenderaan Buraq yang dinaiki baginda rasul Muhammad saw? Dah la tu, bukan setakat laju dan pantas namun Buraq mampu pergi lebih jauh dari jentera yamaha R1 tu. Buraq mampu pergi ke langit sidratul muntaha membawa Muhammad saw dalam perjalanan Mikraj nabi Muhammad ke langit.

Mampu ke?

Dah la kat dunia ni tak mampu untuk membeli yamaha R1 tu, persoalan yang sama mampu atau layakkah aku menunggang Buraq di akhirat nanti? Boleh ke aku berkonvoi dengan Buraq nanti?
Persoalan dapat atau tidak itu hak dan urusan Allah. Namun bagi sesiapa yang mengimpikan jentera yang lebih hebat dan berkuasa dari Yamaha R1 dan yang sewaktu dengannya, Allah telah menjanjikan sesuatu untuk kalian.

Rasulullah bersabda: “Majulah ke depan dengan tenang! Sampai kamu tiba ke tempat mereka, ajaklah mereka kepada Islam dan sampaikanlah kepada mereka hak-hak Allah yang wajib mereka tunaikan. Demi Allah, sekiranya Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui dirimu, sungguh lebih baik (berharga) bagimu daripada memiliki unta-unta merah.*

Unta-unta merah di dalam hadis ini adalah kenderaan yang paling baik di waktu baginda.
So apa lagi, jom kita sampaikan.


*Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 4210 (Kitab al-Maghazi, Bab ghuzwah Khaibar) dan Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 2405 dan 2406. Selain Sahal bin Sa‘ad, hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Salmah bin al-Akwa’ dan Sa‘ad bin Abi Waqas.


Selamat Berjuang


Khas buat sahabat-sahabat terutama adik-adik ku di UiTM Segamat yang pernah bersama berjuang.

Judul : Selamat Berjuang
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita