Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".
H.R. Muslim (Dipetik dari kitab 40 Hadis Akhir Zaman)
Kisah Said Bin Jubair menentang Hajjaj Bin Yusuf*
"Tidaklah hina orang yang menegakkan kebenaran walaupun langit menimpanya dan tidaklah mulia orang yang menegakkan kebathilan meskipun rembulan terbit dari keningnya." inilah jawapan seorang pemuda yang dihadapkan kepada Hajjaj Bin Yusuf di zaman pemerintahan Bani Umayyah apabila ditanya oleh Hajjaj mengapa beliau terlibat dengan gerakan-gerakan yang menetang penguasa/pemerintah. Kisah Said yang dihukum bunuh oleh pemerintah gara-gara menegakkan kebenaran wajar dijadikan semangat dan teladan.
Hajjaj seorang gabenor di Iraq telah melakukan kezaliman ke atas penduduk Iraq hanya kerana ingin terus berkuasa di sana. Dia dengan sewenang-wenangnya menggunakan kekuasaannya untuk menangkap sesiapa sahaja. Hajjaj telah menangkap seorang lelaki yang tidak bersalah hanya kerana dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang pencuri dan Hajjaj tidak dapat menangkap pencuri tersebut maka sebagai gantinya dia menangkap lelaki tersebut. Pepatah arab berbunyi "banyak orang terhukum dikeranakan dosa keluarganya sedangkan diri si pelaku selamat dari tuntutan segala". Pepatah itu menjadi dalil baginya tidak Al-quran dan Sunnah.
Bagaimana pula dengan keadaan sekarang? Dalil yang sering digunakan adalah keganasan perlu di kawal dari menular. Oleh itu akta keselamatan dalam negeri (ISA) adalah wajar dan releven. Benar. Aku sokong kenyataan keganasan dan terrorism perlu di kawal dan di pantau. Namun itu bukan alasan kukuh sehingga mereka di sumbat di dalam penjara hanya kerana mereka itu di syaki terlibat dengan keganasan.
Firman Allah:
" Aku memohon perlindungan kepada Allah daripada menahan seseorang kecuali orang yang kami temukan harta-benda (bukti) kami padanya. Jika kami berbuat begitu (menahan orang yang tidak kami dapati barang kami padanya), maka benar-benar kami menjadi orang yang zalim." (Yusuf:79)
Gerakan Mansuhkan ISA
1 Ogos 2009 merupakan pertembungan di antara dua kumpulan, yang menentang kezaliman dan yang terus menyokong kezaliman. Teringat aku seerah Nabi Muhammad saw. Sungguh sunahtullah itu sentiasa akan berulang. Baginda rasul ketika berdakwah di Makkah, pasti akan diekori oleh Abu Jahal dan konco-konconya. Strategi Abu Jahal adalah untuk menyusahkan dakwah baginda rasul adalah dengan setiap kali baginda menyampaikan dakwah kepada masyarakat, Abu Jahal dan konco-konconya kemudian akan mengatakan itu sihir dan Muhammad itu gila.
Keadaan dan situasi yang sama akan berlaku 1 Ogos 2009 nanti. Kumpulan Pro ISA akan berarak dan pada waktu yang masa (asalnya pukul 11 bertukar kepada 2 ptg waktu yg sama dgn kumpulan mansuh ISA) akan berarak ke Istana Negara bagi menyatakan sokongan mereka kepada akta ISA. Jelas seerah rasul kembali terulang. Kumpulan Abu Jahal dan konconya kembali menyusahkan kumpulan yang mendokong kebenaran. Masakan tidak, sewaktu di minta berhujah dan berdebat utuk menunjukkan pihak mana yang benar, geng-geng PEWARIS ini tidak turun ke gelanggang memberikan dalil-dalil yang menyatakan ISA ini satu akta yang adil dan tidak zalim.
Nak Ikut Kumpulan mana
Rakyat tentunya terpinga-pinga, untuk memilih kumpulan yang mana. Pilihlah kumpulan yang berjuang atas dasar Haq (kebenaran). Dan pasti ada satu kumpulan yang memilih untuk berkecuali. Lebih selesa di rumah dari berhimpun di jalanan. Satu pertanyaan yang perlu di tanya pada diri kita masing-masing, apakah sumbangan aku untuk agama ku? Apakah aku tergolong dalam golongan orang yang menegakkan kebenaran sekalipun terpaksa berhadapan dengan raja atau penguasa yang zalim.
Ayuh kita lahirkan kembali rakyat seperti mana ketika Umar menjadi khalifah, Umar bertanya apakah yang rakyat akan lakukan sekiranya beliau menyalahgunakan kuasa dan tidak berlaku adil. Lalu bangun seorang pemuda menghunus pedangnya lalu berkata,
"Saya Luruskan tuan dengan PEDANG ini, sekiranya tuan terus menyeleweng saya PANCUNG leher tuan!"
*Buku karangan Dr Yusuf Qardhawi mengenai kisah seorang ulama yang berani menyatakan kebenaran di hadapan raja yang zalim.
0 comments:
Post a Comment