Serulah kebaikan dengan hikmah

Alhamdulillah, syukur yang amat sangat kerana semuanya telah selamat. Aku di beri amanah untuk memastikan rakan-rakanku yang turun ke gelanggang menuntut akta ISA dimansuhkan adalah sesuatu yang benar-benar mencabar aku. Masakan tidak, 2 rakan ku ditahan polis ketika kami sudah memang benar-benar ingin berangkat pulang ke rumah. Setelah semuanya selamat (rakan-rakanku di bebaskan malam itu juga) aku rebah demam.

Penangkapan beramai-ramai (sejarah dalam menyatakan suara rakyat) Itu hanya provokasi mereka untuk menunjukkan suara rakyat ini gagal. Masakan tidak, di tempat tahanan rakanku menceritakan mereka di layan dengan baik, dan disediakan makanan seolah-olah memang telah ditetapkan berapa ramai bilangan tetamu yang dijemput untuk ke jamuan atau kenduri anjuran PDRM ini.

Pekikan mereka itu bagai tin kosong

Dalam rencana ku sebelum ini, aku menyatakan kumpulan atau puak-puak PEWARIS akan menjadi halangan atau cabaran sepertimana kumpulan Abu Jahal yang menghalang dakwah Nabi Muhammad saw.
Ternyata sangkaan ku meleset. Sepanjang pengembaraan ku di Kuala Lumpur, tidak kelihatan mereka yang berpakaian putih menyatakan sokongan terhadap kezaliman.
Benarlah firman tuhan:


Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)? (63:4)

**kayu yang tersandar tafsiran terhadap kayu yang tersandar ini ialah mereka ibarat kayu yang bersandar pada pokok-pokok yang lebih besar, tiada kekuatan langsung sekadar parasit yang menumpang pada pokok-pokok lain. Untuk mendapatkan nutrien pun perlu bergantung pada pokok yang lebih besar. Ibarat tin kosong yang berbunyi.

Kini yang pasti selepas demontrasi mereka cuba pula menyalahkan GMI kerana menyebabkan kerugian pada peniaga dan masyarakat. Mereka sekali lagi memekik dan terlolong kononnya untuk membela golongan peniaga ini. Sedangkan realitinya, strategi kami untuk turun ke demontrasi adalah dengan membeli-belah terlebih dahulu agar tidak disyaki. Adakah dengan turunnya kurang lebih 80000 rakyat jelata ini peniaga langsung tidak mampu beroleh walau sesen pun? Yang nyata dan pasti mereka hanya menutup premis dan kedai-kedai mereka apabila disembur dan dihujani gas pemedih mata dan air asid. Selepas kembali reda, perniagaan diteruskan. Aku sendiri telah membeli air minuman kerana penat berjalan. Bukan 1 atau 2 tin, tetapi lebih dari itu sebab ikut route yang tidak dikawal polis. Stamina dah kurang sebab kurang bersenam. Apa yang pasti aku akan tunggu dan lihat kesudahan pekikan dan lolongan kumpulan ini.

Tunjukkan akhlak yang baik

Sebelum turun ke gelanggang, telah aku peringatkan rakan-rakan agar jaga tindakan dan tingkah laku kita mencerminkan siapa kita. Lagipun, sebagai pendokong kepada kebenaran akhlak itu adalah cerminan kepada apa yang dibawa walaupun di layan dengan kasar dan bengis.

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (41:34)

Firman Allah jelas, akhlak yang mulia mampu menarik seseorang kepada kebenaran dan Islam. Seperti mana Seerah baginda rasul, ketika baginda sudah wafat, Abu Bakar bertanya pada Aisyah sunnah rasul mana lagi yang belum dilaksanakan Abu Bakar. Jawab Aisyah, Rasul selalu memberi makan pada seorang yahudi buta berdekatan dengan pasar. Lalu Abu Bakar melaksanakan sunnah baginda. Sampai disitu, Yahudi terus mencaci dan mencemuh baginda rasul. Abu Bakar hanya mendiamkan diri dan menyuapkan makanan kepada yahudi tersebut. Lantas yahudi itu bertanya siapa beliau, Abu Bakar cuba mengelak dengan menjawab orang yang selalu memberinya makan. Yahudi itu mengenali orang yang sering memberinya makan terlebih dahulu melembutkan makanan tersebut sebelum disuapkan. Lalu Abu Bakar menjawab orang itu telah wafat. Beliau ialah Muhammad saw. Terkejut yahudi itu lalu mengucapkan kalimah syahadah kerana beliau seringkali mencaci dan menghina nabi sedangkan manusia agung yang dikeji dan dicaci itulah yang menyuapnya makanan.

Andai engkau mencontohi akhlak baginda rasul, tentunya mereka yang memusuhi engkau akan bertukar menjadi sahabat mu yang paling rapat. Itulah firman tuhan.

Foto ketika demonstrasi 1 Ogos 2009 seorang peserta demo ditahan





Ini pula adalah demonstrasi anjuran siapa pun aku malu nak tulis. Kononnya mereka berpiket kerana kes atau isu arak di Selangor. Sedangkan semasa pemerintahan mereka tiada langsung rampasan atau cubaan untuk mengharamkan arak di negeri Selangor. Benarkah mereka ini ingin membela Islam atau sekadar provokasi dan retorik semata. Andai benar ingin membela Islam tulislah perkataan yang melambangkan mereka itu Islam.

0 comments: