Hijrah Itu Sunnah
Aku berehat di kampung. Terdengar radio IKIM yg selalu di pasang ibunda menjadi halwa telinga di rumah. Terdengar kisah Musa as tika mana berdakwah kepada Firaun. Selepas sekian lama cuba berdakwah kepada firaun namun firaun tetap berkeras dan dengan sombong menyatakan "akulah tuhan kamu yang tertinggi". Musa as diperintahkan untuk berhijrah. Sebelum itu, rakyat atau kaum Bani Israel telah di satukan atau ditempatkan di satu penempatan agar mudah untuk berhijrah. Mengikut catatan Bible (dari ceramah di radio IKIM tersebut) kurang lebh 600000 orang dewasa lelaki sahaja yang mengikuti rombongan Musa as. Ini tidak termasuk wanita dan kanak-kanak. Dianggarkan kurang lebih 2 juta rombongan Musa as. Sudah tentu hijrah beramai-ramai dalam jumlah yang banyak ini (demonstrasi pun tak cecah angka 2 juta pun kena fire dengan water canon dan gas pemedih mata) sudah tentu dapat dikesan firaun dan bala tenteranya. Sesudah terselamat dari dikejar firaun dan bala tenteranya, Musa as dan bani Israel tersesat bertahun-tahun tidak dapat keluar dari Mesir gara-gara Ulama' mereka menyembunyikan tentang janji di antara Nabi Yusuf as dan Bani Israel yang mana mereka tidak akan dapat keluar dari Mesir selagi mana mayat Nabi Yusuf as tidak di bawa bersama. Akhirnya mereka dapat keluar dari Mesir. Itulah rintangan umat Musa as untuk berhijrah.
Muhammad saw juga turut sama berhijrah. Baginda dan Abu Bakar merupakan orang yang terakhir yang berhijrah ke Madinah. Pelbagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rancangan rasul untuk berhijrah. Namun baginda seorang yang penuh strategi. Kerana itulah kita juga perlu untuk mempunyai strategi dan perancangan. Buku karangan Syed Qutb yang bertajuk Haza Deen (Inilah Islam) cukup memberikan aku satu kefahaman dan input yang jelas tentang Deen Allah ini.
Tiada lagi Hijrah
Rasul telah menyatakan tiada lagi hijrah selepas hijrah ini. Namun manusia akan pergi dari satu tempat ke satu tempat. Itulah kembara hidup. Pengembaraan itu lebih bererti andai kembara itu mencari tentang hakikat diri. Aku berminat dengan satu drama melayu di astro Oasis bertajuk 2 Marhalah (http://www.youtube.com/view_play_list?p=4325A262B68FF67A). Link utk korang kalau-kalau berminat nak layan. Tampak manis Zizie bertudung. Kisah Kamsiah (Zizie) yang bertaubat. (Aku terlayan episod akhir jer sebab mak aku suka layan drama melayu, so sinopsis cerita ni aku tak dapat nak taip) Tapi yang pasti ada mirip cerita seorang pemuda yang membunuh 99 orang dan ingin bertaubat. Dia mati dalam perjalanannya untuk bertaubat. Lalu malaikat diperintahkan untuk mengukur jarak yang mana lagi dekat. Jarak ke arah taubat atau jarak Jahiliyahnya. Itulah kembara seorang pemuda mencari hakikat diri dan untuk mengenal tuhannya (makrifatullah).
Kembaraku
Aku dibesarkan di Perak sehinggalah tamat SPM. Dari kecil aku dimomokkan atau didoktrin bahawa aku ini lahir sebagai pengganti kakak ku yang meninggal dunia akibat jatuh katil (katil macam asrama 2 tingkat). Usianya ketika itu masih sekolah tadika (so andaian antara umur 5 atau 6 tahun). Kenapa pula aku menganggap akulah pengganti kakak ku? kerana secara tak sengaja Allah mentakdirkan aku lahir pada tarikh yang sama kakak ku lahir (tahun yang berbeda). Ini bermakna andai beliau masih hidup, aku dan kakak ku akan menyambut hari lahir
bersama. Habis SPM aku sering bertanya kenapa aku dilahirkan? itulah soalan cepu emas yang aku tidak dapat menjawab sendirian.
Syukur, aku mendapat tawaran menyambung pengajian di Arau. Kembara ku bermula di situ.
Jatuh bangun aku di situ. Terkapai-kapai pun disitu. 3 tahun berlalu, aku tamat juga kembara ku di Arau. Namun, 3 tahun di situ aku bagaikan mensia-siakan segala masa yang ada. Mungkin waktu itu ada hati ini terkekang antara jahiliyah dan Islam.
Aku dapat lagi tawaran untuk menambah sijil aku dalam fail. Kali ini di Segamat. Cabaran dan tanggungjawab bermula di Segamat. Mulanya aku ingat nak buat rayuan untuk tukar kembali ke Arau atau paling tidak ke Shah Alam. Aku mohon kepada Allah agar memberi keputusan kepada ku. Akhirnya, aku nekad ke mana pun kembara ku, aku akan melangkah pergi. Dan ternyata, perancangan Allah itu memang hebat. Akhirnya aku terfikir andai aku tukar kampus, apa yang akan terjadi pada ku nanti?
Terima Kasih
Secebis penghargaan dari ku buat insan-insan yang pernah bersama ku. Paling aku tidak akan lupa adalah program aku bersama IMAM (Ikatan Mahasiswa Madani) persatuan di Arau. Kalian berjaya membangkitkan hati ini. Abg Fairuz, Asrul, Fadhil, En Radhi, Azanizan adalah nama-nama mereka yg sentiasa segar dari mindaku tentang Arau.
Imam Zakaria, geng-geng Abim Segamat, Pak Long, Ustaz Nawawi, Ustaz Narawi serta adik-adik Karisma Segamat. Korang menyemarakkan proses pembelajaran tentang kehidupan.
Aku ingin kembara lagi agar diri ini mampu mempelajari sesuatu dari kehidupan.
0 comments:
Post a Comment