Kembara Ramadhan..........

Permulaan............

31 Ogos 2009 - Kembara ramadhan ku bermula. Kalau di kaca television, pelbagai rancangan seperti kembara halal orient, jalan-jalan cari makan yang kebanyakannya mengembara ke bumi tuhan untuk menikmati kepelbagaian dan kelazatan pelbagai jenis masakan dan makanan. Kembara ku ini adalah kembara untuk mendapatkan sesuatu yang lebih lazat dari semua jenis makanan. Sekali lagi aku ke Segamat untuk bersama dengan adik-adik yang telah aku tinggalkan setahun yang lalu untuk memberi sesuatu yang berharga kepada mereka. Jam 4.00 petang, aku berlepas dari Shah Alam bersama dengan rakan-rakan yang sama-sama membantu aku dalam membentuk adik-adik di Segamat.

Oleh kerna kami telah bertolak agak lewat dari Shah Alam, kami sampai di Tangkak pada waktu Maghrib. Alhamdulillah, berbuka di dalam kereta dgn roti dan air jagung benar-benar menyebabkan aku menghayati nikmat berbuka. Terasa aku baitkan lafaz doa berbuka puasa dengan sebenar-benar lafaz. Perjalanan diteruskan setelah makan sekeping roti prasyarat supaya aku tidak melewatkan berbuka. Kami singgah di surau berhampiran. Selesai Maghrib, seorang pak cik menyapa aku mempelawa aku makan juadah iftar mereka tadi. Malah siap tapaukan (bungkus) makanan tersebut untuk aku santap dalam perjalanan nanti. Ya Allah! nikmat hidup di desa yang tidak akan ada di bandar. Mereka akan layan tetamu atau pelawat yang singgah di masjid atau surau mereka. Terlintas semula kenangan aku semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Segamat. Damai desa yang telah lama aku tinggalkan kini menggamit perasaan rindu itu semula.

Doa sesudah berbuka puasa.

Ertinya: Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Kembara diteruskan....

Aku terus memecut laju menuju ke destinasi tujuan. Syukur, jalan bengkang-bengkok di Tangkak-Segamat selamat aku redah dalam malam yang kebanyakan kereta akan bagi lampu high beam. Aku rimas dengan silauan cahaya lampu kereta dari arah bertentangan ketika memandu malam. Aku sempat solat Isya' dan Terawih bersama adik-adik UiTM Segamat. Usai solat aku ke tempat selalu aku melepak di Gemereh. Tempat aku mengenali seorang insan yang aku anggap istimewa di Segamat.

Gambar di ambil di rumah beliau nampak sihat namun sedang sakit selepas pembedahan (semoga segera sembuh)


Beliau yang aku kenali dengan panggilan imam Zakaria kini berumur mencecah 75 tahun. Seorang sangat peramah dan sangat rapat dengan aku s
epanjang tempoh aku berkelana di bumi Segamat. Pertama kali aku ke masjid Gemereh tempat beliau bertugas aku dapat rasakan sesuatu di masjid tersebut. Asar itu, kali pertama aku ke masjid Gemereh aku di sapa
oleh beliau. Sejak hari itu, setiap kali aku ke sana, beliau akan sentiasa menyapa aku. Kemudian akhirnya, aku mengenali beliau kerana kegigihan beliau yang tetap dengan fikrah Islam yang beliau fahami walaupun kedudukan beliau sebagai imam hampir-hampir di jatuhkan.
Sejak dari itu, aku orang yang rajin di ajak beliau andai ada kuliah atau ceramah baik di Segamat mahu pun di Muar.
" Rul, malam ni Nasaruddin Tantawi jom" sapa imam yang sentiasa mengharapkan agar pemuda-pemuda bersemangat untuk memperjuangkan Islam. Kerana Islamlah yang menyatukan aku dan generasi lama ini. Kerana Islamlah kami mampu berbual dan bertukar-tukar pandangan. Andai aku berbicara topik dunia, tentu generasi lama tidak mengikuti perkembangan terkini. Andai mereka berbicara tentang pengalaman hidup mereka, tentu aku hanya banyak terdiam kerana aku tidak mengalami apa yang mereka alami. Namun kerana Islam kami mampu bersama. Beliau aku telah anggap sebagai ayahku di bumi tempat aku merantau. Semoga engkau sentiasa ceria dan aku doakan agar beliau cepat sembuh.



Malam itu, kami qiam di masjid Gemereh

1 Sept 2009

Agenda diteruskan. Kembara ku bukan setakat itu. Agenda utama ku bermula 8.30 pagi ini. Aku dan rakan-rakan telah merancang selama seminggu agar kami datang ke Segamat membawa buah tangan buat mereka namun bukan sebarang buah tangan. Kami merancang untuk memberi sesuatu agar mereka juga dapat menyelami tarbiyah seperti mana kami lalui - daurah salah satu dari pelbagai cara tarbiyah yang sering digunakan zaman ini. Alhamdulillah aku sangat-sangat beersemangat dengan mereka. Perubahan telah aku lihat selepas setahun aku tinggalkan Segamat. Aku pulang dengan harapan menggunung terhadap mereka.





" Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…"

0 comments: