Ya Allah!! Berikan kami pemimpin seperti Abu Bakar As Siddiq
Abu Bakar seorang sahabat nabi yang menjadi khalifah islam yang pertama. Pelbagai cabaran dan dugaan yang di terimanya semenjak memegang tampuk pemerintahan. Antara cabaran tersebut adalah golongan yang ingkar dari membayar zakat dan golongan nabi palsu. Ketegasannya dalam menghadapai dua ancaman besar kepada dunia islam ini terserlah meski pun beliau tika mana baginda rasul masih hidup lembut berbanding umar yang tampak garangnya. Hasil tarbiyah nabi Muhammad, Islam berjaya melahirkan pemimpin yang agung ini.
Hari ini, ajaran sesat melangkaui arus pemodenan. Mereka kini telah menggunakan teknologi moden ini untuk menyesatkan ummah. Ayuh, marilah kita perangi mereka habis-habisan moga inilah JIHAD CYBER KITA terhadap golongan-golongan ini.
Lihatlah video-video ini, betapa taksub dan jahilnya mereka. Jangan biarkan semakin ramai yang jadi jahil dan taksub seperti ini.
(maaf video tak dapat di upload...teknikal error tapi ini link tuk korang tgk. Video ini pada tahun 2006. Semasa di mahkamah, kahar ahmad yang mengaku rasul melayu ni dah letak jawatan sebagai rasul melayu. tapi selepas itu terus aktif balik dengan kegiatan nya dan rasanya dia sambung kontrak balik la kot jadi rasul melayu. Dan kini aktif pulak berdakyah di alam maya.
Lihatlah mak cik-mak cik dan orang-orang yang taksub dalam video tersebut. Aku takut makin ramai dan menjadi-jadi pula orang yang taksub dengan kahar ahmad ni. Hancurkan Musailamah alaf baru ini.
Link 1 (video dari Ntv7 edisi siasat) : http://www.youtube.com/watch?v=OizwIgZTcrI
Link 2 (video dari Tv3 rancangan 360) : http://www.youtube.com/watch?v=0P1N1A-x_tc
Jihad cyber...gunakan senjata mouse dan internet anda
Seorang pengamal ajaran sesat yang paling dikehendaki oleh JAIS yang masih belum dapat ditangkap semakin bermaharajalela di internet. Kahar Ahmad yang gila mengaku dirinya Rasul Melayu kini memblog pula.
Dia update blognya setiap hari. Jadi sebagai umat Islam yang membenci ajaran sesat ni, mari kita 'flag' blog dia ni supaya google boleh menerima aduan agar blog dan user ini diblock.
Cara nak flag blog:
Tanda di ruangan hate and violence pun ok dan ikut arahan selanjutnya sehingga submit.
Mari berjihad di alam cyber!!! Jom Flag blog ni: http://messengerofgodtoday.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment