Faktor Cuai atau keadaan?
Posted by
asrul
on Monday, September 14, 2009
11 sept 2009, kemalangan ke-2 aku bersama motorsikal aku semenjak memilikinya sejak dari tahun 2004. Kali pertama aku kemalangan ialah pada tahun 2004, mungkin kerana masih tidak mahir dan biasa mengendalikan motorsikal tersebut pada selekoh tajam.
Setelah bertahun aku tidak merasa "nikmatnya" jatuh motor, aku jatuh lagi tapi kali ini bukan kecuaian aku dalam menunggang. Keadaan jalan yang berlubang menyebabkan aku hilang kawalan dan jatuh seperti gambar diatas (motor aku terseret dan terbaring bawah divider jalan).
Mujur, sebelum bergerak aku rasa yang aku perlu memakai sarung tangan untuk perjalanan hari ini. Sarung tangan berjaya mengurangkan kecederaan yang sebenarnya patut aku alami. Kepada rakan-rakan, safety tu penting juga sbb malang tak berbau.
Aku perhatikan sekeliling, terdapat banyak kesan-kesan nombor pendaftaran motorsikal yang patah di situ. Bukan satu atau dua, tapi bersepah di bawah divider tersebut. Nampak sangat memang kat situ zon maut. Puncanya, keadaaan jalan yang berlubang.
Dalam kesakitan, aku gagahkan diri bangun dan berdiri menarik motor aku dan angkat sorang-sorang. Aku rehatkan diri sebentar sebelum teruskan perjalanan ke shah alam.
Moga kemalangan ini menjadi kafarah buatku di bulan Ramadhan ini.
Pape hal pun, motor aku telah banyak berjasa kerna bersama-sama aku ke medan tarbiah.
kepada semua bikers "Jom merempit ke Jannah"
0 comments:
Post a Comment