Yamaha R1
Amacam tengok gambar tu. Apa yang korang terbayangkan? aku mat rempit? oh tidak! Itu cuma jentera impian aku. Yamaha R1 1000cc sudah tentu pecutan yang jentera ini mampu mencecah 299km/h. Sudah tentu berpuluh-puluh saman ekor aku kena kalau bawa jentera ni. hahahaha.
tapi bukan impian aku ini yang nak aku kongsikan. Sebab semua manusia ada impian dan cita-cita. Itu sudah pasti agar manusia mempunyai hala tuju dalam hidup mereka. Kalaulah jentera buatan manusia ini yang berjalan di atas jalan raya mampu mencapai kelajuan 299km/h pernah tak korang terfikir berapa pula kelajuan kenderaan Buraq yang dinaiki baginda rasul Muhammad saw? Dah la tu, bukan setakat laju dan pantas namun Buraq mampu pergi lebih jauh dari jentera yamaha R1 tu. Buraq mampu pergi ke langit sidratul muntaha membawa Muhammad saw dalam perjalanan Mikraj nabi Muhammad ke langit.
Mampu ke?
Dah la kat dunia ni tak mampu untuk membeli yamaha R1 tu, persoalan yang sama mampu atau layakkah aku menunggang Buraq di akhirat nanti? Boleh ke aku berkonvoi dengan Buraq nanti?
Persoalan dapat atau tidak itu hak dan urusan Allah. Namun bagi sesiapa yang mengimpikan jentera yang lebih hebat dan berkuasa dari Yamaha R1 dan yang sewaktu dengannya, Allah telah menjanjikan sesuatu untuk kalian.
Rasulullah bersabda: “Majulah ke depan dengan tenang! Sampai kamu tiba ke tempat mereka, ajaklah mereka kepada Islam dan sampaikanlah kepada mereka hak-hak Allah yang wajib mereka tunaikan. Demi Allah, sekiranya Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui dirimu, sungguh lebih baik (berharga) bagimu daripada memiliki unta-unta merah.*
Unta-unta merah di dalam hadis ini adalah kenderaan yang paling baik di waktu baginda.
So apa lagi, jom kita sampaikan.
*Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 4210 (Kitab al-Maghazi, Bab ghuzwah Khaibar) dan Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 2405 dan 2406. Selain Sahal bin Sa‘ad, hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Salmah bin al-Akwa’ dan Sa‘ad bin Abi Waqas.
0 comments:
Post a Comment