Pengaruh Minda Separuh Sedar

Konspirasi Dunia- A Fake Unity



A Fake unity! Inilah yang sebenarnya agenda filem US, iaitu menanam di minda separa sedar kita semua sejak dari kecil untuk mempercayai perkara2 seperti:

-UFO mendarat
-Planet lain seperti Bumi yang terdapat di sistem solar yang lain
-Ketamadunan makhluk asing yang menetap di planet lain
-Makhluk asing yang mungkin menyerang bumi bila-bila masa
Makhluk asing menculik dan melakukan eksperimen ke atas manusia (tapi tidak pula berlaku di Malaysia, Indonesia, Thailand, Australia dan beberapa negara Eropah termasuk kebanyakan negara-negara di dunia, hanya berlaku di US sahaja)
-Wujudnya kepelbagaian bangsa dan kaum makhluk asing (Star Trek, Star Wars dan sebagainya memaparkan rupa bentuk makhluk asing yang berbeza-beza)




-Mewujudkan kepelbagaian teknologi makhluk asing dari primirif seperti dalam filem Alien hinggalah kepada yang maju (filem Predator)






-Penyakit-penyakit berjangkit " outbreak " yang melibatkan virus pintar.

Semua ini melibatkan ’subliminal program/message’ yang ditanam di dalam minda separa sedar (sub-concious mind) Perkara-perkara yang disenaraikan di atas tidak wujud.



Kalau anda hendak tahu lebih lanjut pasal subliminal massege ini search youtube. Banyak subliminal message di dalam kehidupan kita seharian. Hanya kita sahaja yang tidak perasan. Melalui filem, iklan dan lagu. Paling menarik bagi saya ialah melalui lagu. Contoh lagu, stairways to heaven. kalu dimainkan lagu itu secara terbali akan dengralah satu lagu lain. Lagu penyembahan syaitan. Dora the explorer, spongebob dan banyak lagi.

Concious & Sub-Concious Mind

Dalam kehidupan seharian, diketahui bahawa manusia menggunakan hanya tidak sampai 5% sahaja dari keupayaan sebenar minda subconcious (separa sedar) ini. Segala kerja seperti membaca, mengira, melakukan kerja yang mengeluarkan peluh dan sebagainya merupakan kawalan minda sedar (concious mind). Minda subconcious merupakan satu "library" dan juga alat "perakam" kehidupan. Seperti contoh, apabila anda melihat rancangan di TV, tiba-tiba sahaja akan keluar satu imej statik yang muncul dalam 1/10 saat dalam skrin dan hilang. Anda tidak akan sedar kewujudan imej tersebut dan seolah-olah, rancangan TV yang anda saksikan pada mulanya nampak seperti biasa. Sebenarnya, minda subconcious anda saja yang sedar akan perkara ini dan ianya sedang "diprogramkan".

Adalah diketahui bahawa pakar pemasaran produk jualan dan ahli perniagaan menggunakan pendekatan ini bagi "memasukkan" input kewujudan produk mereka di dalam minda pelanggan. Tekniknya ialah memberi saranan lebih dari 6 kali. Apabila lebih dari 6 kali, minda subconcious akan ‘merakam’ walaupun minda concious menolak produk tersebut. Tidak kira untuk apa jenis jenama produk sekali pun. Teknik yang sama boleh juga digunakan (bagi tujuan baik) untuk menjadikan anak sendiri seorang yang rajin iaitu bercakap padanya sewaktu dia sedang tidur dgn perkataan "Rajin" berkali-kali, maka rajinlah anak tersebut kerana subconcious manusia berfungsi 100% sewaktu sedang tidur (kata-kata ialah satu Doa).


Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
- Al Kahf, ayat 7

Dari ayat 7 tersebut, nyata sekali bahawa segala yang terkandung di alam semesta ini hanyalah perhiasan sahaja, tiada ada apa-apa yang terkandung di langit.



Apakah tujuan semua ini?
-Manusia bersatu di bawah payung US sebaik saja mereka melancarkan projek Blue Beam iaitu melibatkan penggunaan hologram yang nampak begitu ‘real’.

-mewujudkan konon-kononnya ‘kuasa luar’ seperti makhluk asing dan apabila mereka muncul, manusia sudah tentu akan bergabung di bawah satu bumbung yang dikelola oleh Dajjal. Dengan cara inilah Dajjal boleh mengukuhkan kedudukannya. Semua ini digelar "False Conciousness"

Dajjal berkehendakkan One World Government, One World Religion, One World Ruler. Caranya? Dengan menggunakan pendekatan projek Blue Beam di mana apabila manusia dalam ketakutan (ilusi optik menipu deria mata), dan dengan pengaruh dalam filem bahawa US ialah penyelamat yang telah diterapkan dalam minda masyarakat sejak dari kecil lagi, maka Dajjal akn datang dgn angkatan tenteranya sebagai ‘Penyelamat’ (sebenarnya penyelamat palsu) dan yang tidak sedar akan perkara ini atau yang lemah jiwanya akan menyahut pertolongan dan mengikut dajjal. Peristiwa 2012, planet Nibiru dan sebagainya merupakan "susunan initial event" kepada projek Blue Beam.





INILAH "THE TRUE UNITY":



kredit to: http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/07/konspirasi-dunia-fake-unity.html












0 comments: