Pemuda Dan Revolusi




Fitrah manusia inginkan hiburan. Islam memberikan ruang kepada manusia untuk berhibur tetapi dalam konteks yang tidak melalaikan. Andai hiburan itu dapat mengingatkan manusia kepada Allah itulah yang dituntut oleh Islam. Aku bukan nak sentuh pasal hiburan, Islam dan anda. Macam tajuk forum pulak. Baru-baru ini, aku balik kampung. Tengok-tengok la koleksi cd-cd lama aku. Terpandang la cd ACAB satu band skinhead aku pernah beli masa diploma dulu.
Aku layan la balik lagu-lagu dalam ni. Ternyata jiwa aku terbakar dan membara dengan lirik-lirik dan alunan melodi dari kumpulan ini.Cuma semangat yang terbakar dan membara itu aku perlu alirkan kepada perjuangan yang benar.

Artist : A.C.A.B
Title : Skinhead Selamanya

Menanti hari keramat
Menentang pemerintah bangsat
Tiada yang dapat membunuh semangat
Membara dijiwa rakyat

Bangun sekalian umat
Bagai pahlawan melancar jihad
Biar dibasahi darah dan keringat
Yang zalim pasti dilaknat

Katakan pada hatimu
Kau bebas menentang musuhmu
Dikebebasan yang barukan bawamu
Kuatkanlah peganganmu
Kita pastikan bersatu
Dikebebasan yang baru kita bertemu

Skinhead selamanya..
Skinhead selamanya..
Skinhead selamanya..

Revolusi skinhead ke aku nak bawa ni? Aku bukan nak bawa ideologi jangkal manusia ini tapi cuba fikirkan kalaulah lagu-lagu ini mampu menaikkan semangat pemuda untuk bangun dan berevolusi mengangkat fahaman dan ideologi sempit mereka, mana pergi pemuda-pemuda Islam yang jiwa mereka lebih kental lagi untuk berevolusi. Renung-renungkan jangan asyik lagu-lagu cintan sahaja yang di angkat dan menjadi top carta. Kadang kala lagu-lagu ini mampu memberikan suntikan semangat kepada pemuda terutama sekali. Contohnya dalam tentera pun ada lagu-lagu bagi meniupkan semangat mereka.

Ayuh, pemuda-pemuda aku menyeru revolusi yang lebih baik ideologi dan perjuangannya.
ISLAM.................................

khusus untuk wahai pemuda yang aliran perjuangannya adalah Islam.....

Pejuang Keadilan
Album : D.T.AK
Munsyid : Izzatul Islam

Kami barisan pejuang keadilan
Musuh tirani durjana kezhaliman
Tiada ragu menuju medan laga
Hingga akhir jiwa terpisah raga

Setiap jengkal bumi yang kami pijak
Panji Allah suci kan s’lalu tegak
Kami berdakwah membersihkan qalbu
Mengajak umat ‘tuk bersatu padu


Walau semua insan t’lah memusuhi
Tak akan mampu menggentarkan nyali
Langkah mujahid kan terus menderu
Cukup hanya Allah jadi sekutu 2x


Wahai manusia inilah kami
Dengan Al-Qur’an dan sunnah di hati
Harta dunia ditolak jadi
Pilihan mulia pantang disesali

Kami barisan pejuang keadilan
Kamilah pejuang keadilan

0 comments: