Filem Legion akan ditayangkan pada tahun 2010, mengisahkan tentang malaikat Jibril (Gabriel) yang dihantar ke bumi bagi mengetuai malaikat-malaikat untuk mengakhiri sejarah kehidupan manusia di bumi atau dalam erti kata lain, tuhan ingin mengakhirkan dunia ini. Dalam pada itu turun seorang "penyelamat" yang akan memastikan manusia terus terselamat dan survival dalam peperangan diantara manusia dan malaikat-malaikat. Lihat sinopsis filem ini di sini http://www.imdb.com/title/tt1038686/synopsis
Aku bukan nak promosi filem ini. Malah aku cuba menyampaikan apa yang tersirat di sebalik filem ini.Walau belum keluar tapi dari trailer filem, plot dan sinopsis serta pembacaan tentang konspirasi aku ingin kongsikan kepada kalian tentang filem ini. Satu peperangan terbesar dalam sejarah manusia akan berlaku. Dan aku nak nasihatkan kalian agar tak payah tengok filem ini lagi bagus.
Kalau nak tengok juga, jangan tengok kat panggung wayang sebab itulah tempat paling ampuh mereka untuk mengindoktrinatekan idea dan mesej mereka ke dalam minda kita. Dengan sound system yang gempak, screen yang luas dan lebar, dan kita akan menonton total cerita tersebut tanpa pause atau buat kerja-kerja lain.
Dalam entri yang lepas, telah diterangkan tentang minda separuh sedar kita. Ya, dalam filem-filem dan lagu-lagu minda separuh sedar kita sangat mudah berinteraksi. Contoh paling mudah, apabila anda mendengar sesuatu lagu, secara tak sedar anda telah "terhafal" lagu tersebut dan mampu menyanyi semula lagu tersebut. Ya ini terjadi kepada aku. Dalam tak sedar aku telah mengulang kembali lagu yang telah aku dengar sebentar tadi. Bayangkan jika setiap hari kita mendengar radio dan lagu tersebut diputarkan setiap hari, sudah pasti ia akan disimpan di dalam memori kita. Cuba lihat lagu ini:
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu
Matahari, itula tuhan bagi penyembah Kabbala. Jelas lirik ini ibarat seorang itu merintih dan merayu serta berdoa kepada tuhannya (dalam konteks ini adalah matahari bukan Allah swt).
Berbalik pada filem Legion tadi, filem itu jelas menunjukkan tentang akan ada penyelamat yang akan menyelamatkan bangsa manusia daripada dimusnahkan. Bagi umat Islam kita yakin dan percaya serta mengimani Hari Kiamat dan Hari Akhirat namun apa yang cuba dicuci oleh mereka ini adalah mereka cuba untuk menyatukan umat manusia untuk menentang tuhan dan menjanjikan dunia yang abadi. Mungkin bagi kita sekarang ini masih lagi yakin dan percaya tentang Hari Kiamat dan Akhirat, tapi bagaimana pula minda separuh sedar kita yang telah berjaya diratah, dijajah dan ditawan itu?
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
Dalam hadis ini jelas, Dajjal ingin manusia mengakui bahawa dialah tuhan. Dalam peperangan antara malaikat dan penyelamat manusia ini, titik ideologi yang ingin dibina dan di serap dalam minda manusia ialah manusia itu mampu melawan kuasa tuhan dengan bantuan dari "penyelamat" tersebut. Kemudian penyelamat tersebut akan menyesatkan manusia agar menyembah dan menganggap dirinya tuhan kerana berjaya mengalahkan tentera-tentera tuhan iaitu malaikat Jibril dan rakan-rakan. Ayuh jangan biarkan racun dan fitnah dajjal ini meresap masuk ke dalam minda kita.
Wahai Tuhan, Selamatkanlah kami dari fitnah dajjal.Inilah peperangan terbesar sebenar manusia, FITNAH DAJJAL.......
0 comments:
Post a Comment