28 Disembar 2009, Aku dan rakan-rakan sepakat menuju ke Kedutaan Mesir di Jalan Ampang Hilir Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan, kepedulian kami seorang Muslim terhadap rakyat Palestin. Atas dasar kasih sesama Islam dan atas dasar ukhuwah kami turun menyuarakan supaya Mesir membenarkan konvoi viva Palestin untuk melalui negara mereka menuju ke Gaza.
Dari Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda:
Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.
HR. Muslim
Konvoi misi bantuan Viva Palestina Malaysia terkandas
KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang penindasan terhadap rakyat Palestin, Viva Palestina Malaysia (VPM), PACE/JIM semalam menyerahkan surat rayuan di Kedutaan Mesir di sini, meminta supaya kerajaan negara itu membenarkan konvoi Viva Palestina memasuki Mesir untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Surat rayuan itu yang diterima sendiri Duta Besar Mesir ke Malaysia, Hani Abdel Kader Ahmed Shash, dibuat selepas kerajaan negara itu enggan memberi kebenaran kepada 500 sukarelawan dengan 250 kenderaan yang membawa bantuan kemanusiaan termasuk ubat-ubatan, memasuki Mesir untuk ke Gaza, Palestin.
Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif VPM, Azra Banu, berkata Kerajaan Mesir hanya membenarkan konvoi yang diketuai ahli politik Britain, George Galloway itu memasuki negara berkenaan menerusi El-Arish iaitu 805 kilometer dari Aqaba.
"Kita terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan lebih RM5 juta sekiranya ke sana sedangkan perjalanan ke Gaza hanya mengambil masa empat jam menerusi Aqaba," katanya kepada pemberita di hadapan Kedutaan Besar Mesir, semalam.
Beliau berkata, sekumpulan konvoi yang memulakan perjalanan dari London pada 6 Disember lalu, sedang melancarkan mogok lapar bermula kelmarin sehingga Kerajaan Mesir membenarkan konvoi berkenaan memasuki Aqaba menuju ke Gaza.
Konvoi berkenaan sepatutnya tiba di Gaza kelmarin sempena genap setahun peristiwa serangan Israel ke atas Palestin yang mengakibatkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban dan 5,300 lagi cedera dengan alasan bagi menghentikan bedilan roket oleh Hamas di selatan Israel.
Sumber dari: http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20091228235134/Article/index_html
Peserta konvoi Viva Palestin juga memberi tekanan kepada Mesir. Lihatlah tekanan yang diberikan kepada Mesir akhirnya usaha yang kecil membuahkan hasil walaupun tidak dilepaskan kesemua aktivis ini ke Gaza. Sila lihat di sini.“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya.
Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan
menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yangmenutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
HR. Ahmad
“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”
Hadis riwayat Muslim
Malulah kalian andai di tanya oleh tuhanmu apa yang telah anda lakukan terhadap saudara mu di Palestin dan jawapannya ialah "Aku cuma melihat mereka di zalimi"......
0 comments:
Post a Comment