U-Turn 360 Darjah

http://shadows15.files.wordpress.com/2007/10/umar.gif

Umar al-Khattab memeluk Islam


Abu Nu’aim meriwayatkan didalam kitab al-Dala’il, ibnu Asakir dan ibnu Abbas juga meriwayatkan yang sama bahawa Umar r.a memeluk Islam tiga hari selepas Islamnya Hamzah r.a.

Ketika Umar r.a. keluar dengan pedang kerana mahu membunuh Rasulullah s.a.w., seorang lelaki dari bani Makhzum itu memberitahu bahawa adik dan ipar Umar r.a. juga telah memeluk Islam. Dengan marah Umar r.a. terus menuju ke rumah adiknya, kebetulan ada Khabbab bin al-Arat r.a. sedang membaca al-Quran untuk adik dan ipar Umar r.a. Apabila mendengar suara Umar r.a. Khabbab pun menyembunyikan dirinya. Fatimah al-Khatab pula menyembunyikan sahifah yang tertulis ayat-ayat al-Quran.Umar terus menerkam iparnya dan menampar sehingga jatuh, adiknya pula ditampar sehingga berdarah. Fatimah berkata “Yang benar bukan agama yang kamu anuti selama ini. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi Nabi Muhammad pesuruh Allah”

Tiba-tiba Umar terasa sedih dan kesal atas tindakannya. Umar meminta adiknya menunjukan lembaran itu, tetapi adiknya tidak mahu katanya “Kau masih najis, surat ini tidak boleh disentuh melainkan orang-orang yang bersuci”. Umar pun segera mandi. Beliau kemudian membaca surah Toha dan hatinya tersentuh keindahan dan kebaikan ayat al-Quran. Umar pun berkata “ Aku masuk Islam. Tunjukkan kepadaku di mana Rasulullah”. Khabbab berkata “Aku harap engkaulah yang dimaksudkan dengan doa Rasulullah”.

Doa Rasulullah “Ya Allah, ya Tuhanku, kuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada dua Umar.” . Umar al-Khattab atau ‘Amru bin Hisyam.

Umar pergi ke rumah di Bukit Safa kerana Rasulullah s.a.w berada di situ, Umar mengetuk pintu, salah seorang di dalam rumah mengintai Umar datang dengan membawa pedang. Hamzah bertanya siapa yang datang? Jawab mereka Umar. Hamzah r.a. menyuruh dibukakan pintu, jika Umar berniat baik dan dilayan dengan baik begitulah sebaliknya.Umar menemui Rasulullah s.a.w dan mengucap dua kalimah syahadah. Semua orang yang berada dirumah bertakbir dengan kuat sehingga terdengar ke Masjidil Haram. Allah hu Akhbar!

Umar bertanya kepada Rasulullah “ Ya Rasulullah, tidakkah kita dipihak yang benar?”. Rasulullah s.a.w. menjmawab “Ya”. Umar berkata “ Kalau begitu mengapa kita harus bersembunyi lagi”. Lalu mereka keluar beramai-ramai menuju ke masjid dalam dua saf. Satu disertai Umar r.a. dan satu saf lagi Hamzah r.a.

Menurut ibnu Ishaq, Umar menemui Abu Jahal setelah memeluk Islam bertujuan mengistiharkan keIslamannya. Abu Jahal marah mendengarnya.

Islamnya dua tokoh ini telah memberi nafas yang kuat kepada perjuangan Islam. Peristiwa ini dinamakan berterus terang diperingkat kedua dalam perjuangan Islam di Makkah. Muhib bin San’an al-Rumi r.a. menyatakan Islamnya Umar, Islam menjadi terang-terangan. Seruan dakwah dilakukan secara terbuka.

Peristiwa ini bukan sahaja menunjukan peningkatan iman kepada orang Islam malah tentangan dan cabaran juga semakin memuncak kepada umat Islam sehingga seterusnya berlaku peristiwa pemulauan.

http://img.youtube.com/vi/3fvE1kgP_R0/0.jpg

Titik Islamnya Umar melalui kalam-kalam tuhan dari surah Taha, Ruben kini nama Islamnya EbuBakr memeluk Islam melalui ayat dari surah Al-Anqabut menjawab persoalan dirinya agar Allah memberikannya suatu tanda tentang ketuhanannya. Jangan kita juga menunggu suatu keajaiban baru hendak melakukan perubahan. Andai bila keajaiban itu tiba kita pula yang menolaknya dengan pelbagai alasan seperti mana kaum Quraisy yang ingin dibuktikan kerasulan Nabi Muhammad namun setelah bulan terbelah mereka mendustakannya.

Saat (hari kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah.Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata, "(Ini adalah) sihir yang terus menerus." Dan mereka mendustakan (Muhammad) dan mengikuti keinginannya, padahal setiap urusan telah ada ketetapannya. (54:1-3)




0 comments: