Salam mukadimah dari aku yang ingin kembali menulis. Agak lama tangan ini menyepi dari mencoret, mencatat dan menaip. Agak lama aku menghilangkan diri dari terus tetap dalam medan juang berpedangkan pena dan tinta (sekarang monitor dan keyboard) yang capaian dan medan penyampaiannya luas tidak bersempadan.
Bak kata pepatah arab Catatan dari pena itu lebih tajam dari pedang। Masakan tidak lihat sahaja sejarah, berapa ramai yang ditangkap dan dipenjara gara-gara tulisan mereka menyeru kepada kebenaran, keadilan dan pembaikan. Namun apabila tulisan-tulisan di bekukan, dan di tapis dari kebenaran, keadilan dan pembaikan lihatlah betapa merapu dan jauhnya tulisan itu dari menyentuh hati.
1. Nuun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis (68:1)
Termasuklah apa yang sedang aku tulis. Tuhan memberikan ingatan dan amaran kepada mereka-mereka yang menjadi penulis yang mengetahui kebenaran keadilan dan kebaikan namum menyembunyikannya.
44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, Yang mengandungi petunjuk dan cahaya Yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi Yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga Yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (5:44)
Aku amat berharap agar penulisan ku kali ini mampu membantu menyuburkan lagi medan dakwah melalui tinta dan pena. Dan teramat penting pada Mu YA RABB! ku pohon agar aku diberikan kekuatan dan istiqamah dalam menulis dan menyebarluaskan agamaMu.
Ameen.
Sekian. Salam pengenalan dari ku.
Asrul.
p/s: blog lama ku asrul85.multiply.com
1 comments:
Demi pena, teruslah berkarya.. Moga ia kekal disisi-Nya
Post a Comment