"Layakkah aku berakhir dengan begini?"
Medan Amanah dan Tanggungjawab
Bagaimana anda dapat melihat semut hitam di atas batu hitam pada malam hari yang gelap pekat tanpa cahaya rembulan? Sukar bukan? Itulah perumpamaan hakikat ikhlas. Ikhlas itu sukar dikesan dan dilihat walaupun dibaitkan " Aku ikhlas ni bagi kat hang."
Semakin aku jauh belayar dengan sampan perjuangan, aku takut semut hitam itu semakin menjauhi batu hitam itu dan cuba menonjolkan diri. Kemudian, semut itu dalam diam cuba berselindung pada malam hari namun kali ini semut itu bukan lagi semut hitam. Warnanya kian pudar dan hilang. Semakin hari semakin pudar namun masih lagi cuba bersembunyi di malam yang kelam.
Itulah satu analogi tatkala aku rasakan aku melakukan sesuatu atas dasar tugas dan tanggungjawab. Kerana aku tidak merasakan kenikmatan dan kesyahduan seperti mana yang aku rasai di medan mencari diri. Aku takut lama-kelamaan, aku berjuang atas dasar kerana engkau adalah pemimpin parti ini. Nauzubillah.
Medan Mencari Diri
Berbeda dengan saat-saat ketika aku mula-mula mendapat pendedahan u-turn 360 darjah. Tatkala itu terasa kemanisan dan kesyahduan aku menyelusuri tapak-tapak dan jejak-jejak para sahabat dan pejuang-pejuang Islam mengislah diri dan berjuang. Di waktu itu, aku terpaksa melawan arus, rakan-rakan sekelas sibuk menghabiskan sisa remaja mereka, aku pula mencari-cari hakikat manusia dan pencipta. Ketika itu, aku begitu menghargai apa yang aku miliki kerana persekitaran sekitar ku menjadikan aku dapat merasakan bahawa aku bertuah mengenal hakikat diri dan tuhan.
Namun sekarang aku memilih persekitaran yang lebih "selesa", iaitu zon semuanya berjuang seperti aku. Menyebabkan aku hilang kesungguhan untuk mencari lagi hakikat manusia dan tuhan. Seperti kata KH Rahmat Abdullah di dalam cerita Sang Murabbi.
Ada seekor monyet, panjat kelapa. Tiba-tiba datang angin taufan,puting beliung, dan segala jenis angin yang dahsyat. Monyet tersebut bersedia dan memaut pokok kelapa tersebut denga kuat dan erat.
Tetapi apabila datang angin sepoi-sepoi bahasa, angin yang lembut monyet tadi asyik dan akhirnya jatuh juga ke tanah akibat terpesona dengan angin tersebut.
Tamsilan yang mantap daripada seorang yang digelar Bapa pentarbiahan Indonesia. Aku akan ingat dan mengambil ibrah dari "monyet" itu.
Satu lagi, aku terkesan dengan kumpulan Qatrunnada yang memberikan bait makna yang cukup mendalam.
Akhirnya yang perlu ditanya pada diri - yang sebenarnya apa yang sedang engkau perjuangkan?
Semoga lagu ini mampu memberikan aku "sesuatu".
APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG (Qatrunnada)
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan
Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan...
0 comments:
Post a Comment