Ibarah dari Seerah


Belajar dari Tokoh

Kalau semasa kecil, aku suka bertandang ke perpusatakaan awam untuk aku mencari buku-buku tokoh sejarah negara seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya. Tidak lupa juga kisah perjuangan sahabat nabi Muhammad saw seperti Khalid al Walid, Hamzah,dan ramai lagi.
Dari kecil minat membeli buku terutama komik memang menjadi hobi aku terutama komik yang masih aku ingat Kawan, Raja Rimba, serta segala macam komik yang menarik minat aku.
Selepas melangkah ke alam universiti,aku mula membuang tabiat membeli komik dan telah mengubah hobi aku mengumpul majalah.Kini Majalah Milenia Muslim, Majalah I dan Solusi antara langganan tetapku setiap bulan.
Jika semasa kecil, setiap kali membaca kisah-kisah tokoh sejarah, aku akan gunakan daya imaginasi kanak-kanak aku untuk memahami dan menghiburkan hati aku. Menarik juga kerana aku akan berpencak silat dan belasah bantal-bantal di dalam bilik (of course pintu bertutup kalau tidak kena belasah pula dengan ibu).
Kini, aku dapat lebih memahami sejarah melalui visual yang dipaparkan. Aku lebih suka mencari movie-movie tokoh sejarah seperti Ar Risalah (The Message) (kisah Nabi Muhammad),Muhammad The Last Prophet (cartoon), Qamar Bani Hashim, Lion of Desert (Omar Mokhtar),Lawrence Of Arabia,Qaidisiah, Sang Murabbi,Malcolm X, The blessed Saint Mary - Maryam Al-Muqadasa, 10 commandments, Imam Ali, Saladin & the crusader, Tjoet Nja' Dhien, Sultan Muhammad Al Fateh, LEgend of Bhagat Singh, Gandhi, Jinnah, 1957 Hati Malaya,dan Hitler.

Terkadang aku dapat menyelusuri setiap detik perjuangan mereka - membuatkan aku takjub dan respect dengan kekuatan mereka. Tiap kali Bilal melaungkan Ahad (Yg Esa) aku tersentuh. Tanpa sedar menitis aku melihat Bilal diseksa. Hati kecil ini berkata, Bilal merasai nikmat iman setiap kali menyebut Ahad (yg Esa).Bagaimana pula dengan aku?

Aku ikut hanyut bersama dengan Salahuddin,Omar Mokhtar berperang di tengah gurun. Mereka mempunyai taktik peperangan yang cukup hebat sehinggakan Jeneral Italy yang ditugaskan memerangi Omar Mokhtar di Libya memberikan pujian kepada Omar Mokhtar kerana taktik peperangan yang beliau aturkan berjaya menewaskan batalion tenteranya.


"He is good, he is good, this old man is good."








Dimana-mana sahaja peluang untuk berjuang

Apa yang menarik minat aku, kisah dua pejuang revolusi Bhagat Singh dan Hitler. Walaupun kedua-dua mereka bukan memperjuangkan Islam. Namun taktik dan teknik perjuangan mereka aku amat tertarik.

Hitler memulakan kempen revolusinya di Bar. Membuat sedikit ucapan dan membakar pendengar dengan penindasan dan kemunduran ekonomi rakyat German sendiri akibat dari penguasaan Yahudi. Apa yang korang terfikir? Taktik beginilah yang berjaya menambat hati ramai umat Islam di Mesir apabila Hassan Al Bana berdakwah di kedai kopi. Cukup sekadar memberi tazkirah 10-15 minit setiap hari selasa. Usaha yang memberikan impak yang besar.Menarik bukan?

Sementelah Bhagat Singh, pemuda berbangsa Sikh yang inginkan India mendapat kemerdekaan sejak dari kecil, telah mengumpulkan pemuda-pemuda India dan membentuk satu pakatan atau parti. Rasulullah saw juga membentuk jamaah Islam yang kebanyakan pengikutnya dari kalangan pemuda dengan menjadikan Darul Arqam sebagai pusat operasi.Persoalan yang menarik untuk ditanya, kenapa pemuda?

Namun apa yang lebih menyebabkan aku tertarik dengan kedua-dua tokoh ini adalah kedua-duanya menggunakan segenap peluang dan ruang yang ada untuk berjuang.
Jika Hitler dibicarakan di Mahkamah atas tuduhan khianat atau menderhaka terhadap negara.
Sementara Bhagat Singh dibicarakan atas tuduhan ingin mencederakan pemimpin British semasa mereka bersidang.

Kedua-dua mereka menggunakan medium mahkamah untuk menyeru sekalian rakyat bangkit dan menyokong perjuangan mereka. Sayang buat Bhagat Singh, dia dijatuhkan hukuman gantung sebelum tamat perbicaraan kes beliau. Hitler pula berjaya mendapat kekuasaan melalui rencana dan taktiknya.

Tapi apa yang pasti perjuangan Bhagat Singh telah membangkitkan rakyat India dan menyebabkan Gandhi di asak dan ditekan agar segera mendapatkan kemerdekaan bagi India.

Ianya bermula dari PEMUDA..................

0 comments: