Cogito Allah Sum

Think - Use your Mind to switch on the "light"




Fikir vs Zikir

Pagi isnin lalu, mood aku tiba-tiba menjadi rajin. Lepas subuh, aku dengan mood rajin tu terus masak nasi goreng kampung. Sambil makan pagi sempat juga aku bermuzakarah dengan seorang sahabat tentang mad'u rakannya yang berfikiran agak liberal dengan menolak hujah dan dalil.
" Dalil menyusahkan. Kenapa perlu wujudkan perbankan Islam sedangkan sama macam bank konvensional". Aku agak "terbakar" juga la dengan kenyataan tersebut. Mana tidak, 3 tahun aku belajar kewangan konvensional - jelas memang ada perbezaan antara kewangan Islam dan konvensional. Hujah orang-orang yang tidak mengaji - bentakku dalam hati.

Lantas aku bertanya apa yang dihujahkan kembali kepada orang itu? Sahabat ku tidak dapat melawan hujahnya mungkin kerana background beliau adalah engineering. Okey. Aku faham.


Drama


Kami berdiskusi bagaimana untuk berhujah dengan orang itu. Lantas aku teringat drama popular tv3 sekarang - Nur Kasih. Aku baru tengok episod awal-awal. Teringat dialog ketika abang adam dan jalaludin Hasan (ayah) bersembang di dalam masjid. "Orang pandai macam Adam tu, kalau cerita tentang orang yang tak solat jadi babi, mana nak percaya".

Benar. Orang zaman sekarang lebih percaya kepada bukti dan apa yang mereka lihat. See and believe.Namun itu tidak bermakna mereka salah. Tidak ada salahnya untuk kita menggunakan aqal. Kerana itulah kelebihan manusia. Allah merakamkan di dalam Al-Quran supaya manusia menggunakan aqal- aku kena berhujah dengan Al-Quran untuk menguatkan hujahku.

Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.(5:58)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.(50:37)

Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.(39:21)

Jadi aqal perlu dilawan dengan aqal juga. Aku teringat kisah Ibrahim as tatkala mencari tuhannya, direnungnya matahari lalu berkata dalam diri - inikah tuhan? lalu pada malam hari matahari menghilang. Datang rembulan lalu Ibrahim as bertanya lagi -inikah tuhan? dalam proses ini, aqal Ibrahim berfungsi dengan sebaik-baiknya. Jelas baginda seorang yang genius kerana dapat menggunakan aqal mencari tuhan.

Allah rakamkan jua hujah-hujah nabi Ibrahim sewaktu berdakwah kepada kaumnya.
Nabi Ibrahim memberikan pertanyaan kepada kaumnya agar mereka juga cerdik untuk menggunakan aqal untuk mencari tuhan yang sebenar.

Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?,(26:72)

Dari pemerhatian aku, terdapat dua jenis orang yang suka berhujah dengan aqal. Orang yang cenderung menggunakan aqal untuk mencari kebenaran akan lebih cepat sampai kepada titik kebenaran tersebut. dan orang yang cenderung menggunakan aqal sebagai alasan untuk mereka menolak kebenaran.

Golongan Mencari Kebenaran

Dakwah dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) satu program yang membuka ruang dan peluang untuk aku dan sahabat-sahabt mendekati golongan non-muslim. Pelbagai skop dibicarakan dan dibincangkan. Antaranya, kisah yang menarik adalah kisah Ganesha - Tuhan kepala gajah masyarakat Hindu. Dipendekkan cerita, si ayah pergi mengembara bertahun-tahun. Apabila pulang ke rumah - dilihatnya ada orang lain di situ. Ketika itu, si ibu tidak ada dirumah. Si anak yang tidak kenal ayahnya tidak membenarkan ayahnya masuk ke dalam rumah. Berang dengan tindakan anaknya, Ganesha - si ayah memenggal kepalanya. Apabila ibu pulang ke rumah, beliau terkejut melihat si ayah telah memenggal kepala anaknya sendiri. Lalu diarahkan mencari kepala Ganesha. Namun oleh kerana tidak jumpa digantikan dengan kepala gajah.

Persoalannya, si ayah adalah tuhan - mengapa tuhan yang maha mengetahui tidak tahu itu anaknya. Kedua, kenapa tuhan yang maha mencipta tidak mencipta semula kepala Ganesha. Kenapa diganti dengan gajah?

Ayuh, gunakan aqalmu mencari kebenaran.



Golongan menolak kebenaran

Golongan ini akan cuba sedaya upaya untuk menolak dan mengkritik segala macam hujah yang benar. Sampai ke suatu tahap, mereka akan melabel gila,penyihir dan kini pengganas terhadap orang yang menyampaikan kebenaran kerana sudah kehabisan modal.

Golongan inilah yang Allah rakamkan di dalam Al-quran mereka menolak kebenaran dengan alasan rasul-rasul sepatutnya bukan dari kalangan manusia. Habis siapa? Lembu yang akan menerangkan kebenaran? Gunakanlah aqalmu yang sihat.

Berkata rasul-rasul mereka: "Apakah ada keragu-raguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu untuk memberi ampunan kepadamu dari dosa-dosamu dan menangguhkan (siksaan)mu sampai masa yang ditentukan?" Mereka berkata: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu menghendaki untuk menghalang-halangi (membelokkan) kami dari apa yang selalu disembah nenek moyang kami, karena itu datangkanlah kepada kami, bukti yang nyata.Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, akan tetapi Allah memberi karunia kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan tidak patut bagi kami mendatangkan suatu bukti kepada kamu melainkan dengan izin Allah. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakkal.
(14:10-11)

Mereka yang sentiasa menolak kebenaran ini akhirnya Allah akan menutup hati mereka dari melihat kebenaran.

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.(36:9)

semoga mereka yang menggunakan aqal akan mendapat COGITO ALLAH SUM...SEMAKIN AKU BERFIKIR TERNYATA ALLAH SEMAKIN ADA...


Novel


Notes: Cogito Allah Sum...Semakin Aku berfikir ternyata Allah semakin ada adalah sebuah novel tentang seorang atheis yang kembali kepada Islam.

0 comments: