Dakwah itu kembali pada diri Sendiri

Petikan dari Filem Sang Murabbi


Teori Usrah


Tika aku di Segamat, selepas peristiwa banjir besar di Johor, ayat hafazan usrah dengan pak cik-pak cik ABIM adalah surah Baqarah ayat 153-157 yang berkaitan dengan ujian dari Allah. Katakanlah,"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali" tarbiah Allah kepada manusia direct melalui Muhammad utusan kesayanganNya.

Apa yang menarik, kami mengupas isu ujian ini dan salah seorang dari pak cik-pak cik tersebut menggunakan tafsir Al-Ghazali karangan Hamka sebagai rujukan. Hamka tatkala ditangkap pihak berkuasa dan dipenjarakan teringat kembali ayat ini semasa beliau mengajar kepada muridnya tentang hakikat sabar dan ujian dari Allah. Ya, tarbiah terbaik adalah menghadapinya - praktikal bukan melalui teori dan ilmu semata. Dan itulah yang dilalui buya Hamka.

Pendakwah - kebanyakan mereka berdakwah melalui lisan dan ada juga melalui pena. Malah ada juga yang menggunakan kedua-dua medium ini untuk menyampaikan mesej mereka kepada ummah.

Lisan yang dibicarakan oleh pendakwah adalah paling hampir dengan telinga mereka sendiri. Dan dari lisan dan telinga mereka, perkara pertama yang perlu adalah ianya samapi kepada hati pendakwah itu sebelum ianya dipindahkan ke hati-hati mereka yang mendengarnya.

Dari Teori menjadi praktikal

Semenjak aidilfitri yang lalu, aku berusaha menasihati dan membantu mad'u aku agar tidak goyah dan tetap kuat dengan ujian Allah yang dirasakannya ini. Kecewa, patah hati, sedih, hiba, tertekan dan segala macam perasaan dirasakan beliau.Alhamdulillah akhir-akhir ini beliau kembali ok.

Cuma dalam masa tersebut, semasa aku berbincang dengan seorang sahabat bagaimana untuk kami membantu mad'u aku ini, aku pernah terquote suatu perkataan
"Ana pernah mengalami apa yang dia alami.Biarkan dia merasakan sedih, kecewa dan pedih mungkin ini transformasi beliau dari cinta kepada makhluk kepada cinta kepada Allah, ana pernah melalui proses transformasi tersebut dan ana merindukan saat-saat transformasi ana itu"

Saat-saat transformasi itu menyebabkan aku merasakan satu nikmat dan syahdu yang tidak dapat digambarkan yang kini aku sukar untuk merasakan seperti itu kembali.Mungkin kini Allah ingin memberi kembali bagaimana "rasa" untuk menjalani proses transformasi.

"Ya Rabb!! Jika ujian Mu membuatkan aku kembali tersedar dan menjadikan aku lebih taqarub kepada Mu dan lebih mencintai Mu, Lunakkan hatiku dengan ujian Mu."

Asrul

1 comments:

Abdul Halim said...

Memang benar transformasi itu datang lepas habis ujian Allah kepada kita