Monolog Diri

"Pelayaran hidup penuh ranjau dan duri"



Monolog Diri....

Usai SPM, aku tidak tahu bagaimana hendak menghabiskan masa aku. Cuti panjang bulan Disember aku gunakan untuk mendapatkan lesen B2 dan D. Alhamdulillah, sebulan je aku dah lanyak kereta bapa aku ke hulu ke hilir. Kalau dulu pergi surau belakang rumah tapi bila dah gila stereng, aku lanyak pergi masjid pulak.

Tapi naluri hati kecil ini sentiasa bertanya. Kenapa aku diciptakan menjadi manusia? Manusia yang akhirnya akan diadili Allah, tidak seperti haiwan yang bebas berkeliaran. Tiada apa pun yang dirisaukan kelak.


Rohaya Yaman - Semoga engkau sabar menanti kepulangan adikmu ke sana jua


Sejak Kecil, aku dimomokkan tentang diriku yang kebetulan menjadi pengganti kakak aku yang meninggal dunia pada 4 April 1982. 3 tahun kemudian aku dilahirkan. Hanya gambar dan cerita dari ibu sahaja yang mampu aku sematkan dalam memori tentang beliau. Lagu nyanyian Alleycats, andai aku pergi menjadi siulan bagaikan tanda ucapan perpisahan beliau dari dunia yang fana ini.
Tanggal 28 November 1978 tarikh bagi kakak ku Rohaya Yaman melihat keindahan dunia ini. Kebetulan 28 November 1985 Ya Asrul Yaman juga ditakdirkan Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Tarikh lahir yang sama ini menjadi doktrin kepada aku kenapa aku diciptakan - sekadar pengganti kepada yang telah pergi.

Setelah beberapa bulan melepak di rumah, aku dapat keputusan SPM dan telah berjaya melanjutkan pelajran di Arau, Perlis.

Inilah medan aku mengenal dan mengubah 360 darjah persepsi aku tentang hakikat hidup di dunia.

Jazakumullah Khairan Kasira kepada semua.

Aku titipkan lagu program aku bersama IMAM (Ikatan Mahasiswa Madani) yang berjaya membuka singa di dalam diri ini yang lena di ulit mimpi.

Dalam pelayaran ini, aku pernah terjatuh dari sampan namun syukur Allah kurniakan lagi sampan untuk aku meneruskan pelayaran.

Perjuangan
Album :
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan



Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa


"Akhirnya sampan ini akan tinggal di tepian kerana pelayaran telah tamat"

1 comments:

Abdul Halim said...

harapanku agar sampan tu akan semakin besar untuk menampung bil tanggungan yang bakal bertambah. Hehe