Jiwaku kecil
Posted by
asrul
on Friday, November 13, 2009
Labels:
Tazkirah
Tertekan dan ditekan
Sejak seminggu dua ni, aku agak tertekan menyiapkan rangka kerja aku yang telah sangat-sangat hampir ke tarikh yang sepatutnya aku siap. Sangat tertekan sehinggakan aku sering kali terfikir-fikir perkara kerja tersebut di rumah.Selalunya aku akan melapangkan fikiran dan diri aku dari segala masalah kerja. Bagi aku waktu aku mencari rezeki, mengejar dunia cukup sekadar 8 jam tersebut. Selepas 8 jam itu adalah waktu untuk aku bekerja untuk Islam, mencari ilmu dan sebagainya.
Hilang Mood
Rabu lalu, aku langsung tak ada mood untuk pergi kerja. Liat sungguh aku nak bersiap pergi kerja. Akhirnya aku berkata dalam diri, aku seorang Muslim. Kerana itu aku kena kuat. Aku cuba memotivasikan diri aku kembali, alhamdulillah aku sampai ke pejabat tepat pada masanya.
Namun apabila aku tiba di pejabat, aku dah mula pening kepala dan rasa nak termuntah. Sudah 2-3 hari setiap kali aku minum Nescafe (bukan tak boikot tapi company provide aku belasah je la) di Pantry aku mula mendapat sakit kepala. Selalunya setiap kali hendak final exam aku minum kopi tak ada masalah pening-pening pun.
Aku ambil keputusan pulang segera ke rumah dan Mc satu hari.
Bangkit kembali
Alhamdulillah, dari mula-mula aku dapat sticky note, aku tak tulis segala task-task yang perlu aku siapkan. Tapi aku tulis kata-kata azimat buat aku.
“Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.”(Riwayat Al- Bukhari)
Dari Ka'ab bin Umrah berkata, "Ada seseorang yang berjalan melalui tempat Rasulullah SAW. Orang itu sedang bekerja dengan sangat giat dan tangkas. Para sahabat lalu berkata, 'Ya Rasulullah, andaikata bekerja seperti dia dapat digolongkan fi sabilillah, alangkah baiknya.' Lalu Rasulullah bersabda, 'Jika ia bekerja untuk mengidupi anak-anaknya yang masih kecil, itu adalah fi sabilillah; Jika ia bekerja untuk membela kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia, itu adalah fi sabilillah; dan jika ia bekerja untuk kepentingan dirinya sendiri agar tidak meminta-minta, maka itu adalah fi sabilillah (HR. Thabrani)
'Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’.
(Riwayat Al-Quda’)
“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.
(Riwayat Al-Baihaqi)
Dari Ibnu Abbas ra berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa yang merasakan keletihan pada sore hari, karena pekerjaan yang dilakukan oleh kedua tangannya, maka ia dapatkan dosanya diampuni oleh Allah SWT pada sore hari tersebut."
(HR. Imam Tabrani, dalam Al-Mu'jam Al-Ausath VII/ 289)
Tertekankah aku?
Bertubi-tubi aku bertnaya pada diri ini. Kenapa perlu aku tertekan dengan hal-hal yang kecil dan remeh. Aku terfikir:
- Tertekankah aku kerana melihat umat Islam makin rosak akhlaknya?
-Tertekankah aku kerana melihat Islam dihina?
-Tertekankah aku melihat sesama Islam bercakaran?
-Tertekankah aku kerana Islam tidak dapat lagi didaulatkan?
- Tertekankah aku tidak dapat berjuang di Palestin?
-Tertekankah aku untuk memikirkan bagaimana untuk memenangkan panji-panji Allah dan Rasul?
Jujur, aku sendiri tidak sampai ke tahap itu memikirkan masalah umat. Namun ketika mana aku berdepan masalah dunia sehingga stress dan migrain aku fikirkan. Ah, betapa jelek dan hodohnya jiwa aku. Memikirkan dunia sehingga menangung sengsara namun relaks dan sambil lewa memikirkan umat.
Teringat aku kata-kata pelakon yang memegang watak KH Rahmat Abdullah dalam Sang Murabbi ketika beliau bergurau dengan isterinya. " Apa naeng senang abang anggota DFR?" "Iya, tapi kok rambutnya sudah habis putih, pikirin negara ya?"
Jawapan dari seorang yang berjiwa besar " Pikirin UMAT"
Apa yang perlu aku lakukan kembali, meluruskan niat dan kembali bekerja dengan amanah yang diberikan. Aku perlu berjiwa besar........................
0 comments:
Post a Comment